1st Day of Fasting

Tanpa sedar, masa berlalu. Kini tiba bulan Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh muslimin dan muslimat. Dibulan ini, seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W akan berpusu-pusu, berkejar-kejar untuk membuat sebanyak mungkin amal ibadat yang mana terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang lebih baik dari 1000 bulan. Ianya ialah Malam Lailatul Qadr.

Di Malaysia, rata-ratanya orang tidak mengejar sangat Lailatul Qadr, tetapi adalah juadah berbuka yang berlambak-lambak di Bazar Ramadhan. Berbagai-bagai jenis kuih-muih, air minuman yang pelbagai warna dan rasa serta beberapa jenis juadah yang hanya boleh diperolehi di Bazar Ramadhan.

Pada hari pertama, jam baru hendak masuk pukul 12pm tetapi kepalaku sudah pening-pening kerana angin dah naik kepala (Lapar la tu). Lapar lain macam, kalau nak kata aku tak sahur. Pagi tadi memang aku ada bangun sahur jam 5.30am, lagi lewat lagi bagus. Akan tetapi laparnya rasa lain macam, dugaan hari pertama memang mencabar. Entah macam mana pula pada hari-hari yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: