Anakku Umair Jatuh Dari Katil

Prangg~ bunyi cermin muka jatuh ke lantai disertai dengan tangisan Umair yang cukup nyaring, memecah suasana sunyi diawal pagi. Pada jam 6 pagi,  aku dan isteri terjaga serentak apabila terdengar tangisan Umair di dalam kegelapan pagi. Isteriku menyuruhku membuka suis lampu namun lampu tidak terpasang walaupun telah dipasang.

Rupanya awal pagi itu, bekalan elektrik terputus. Maka terpaksalah isteriku meraba-raba di atas lantai mencari Umair yang terjatuh dari katil. Sukar untuk digambarkan keadaan pada waktu pagi tadi, sungguh gelap tiada apa yang boleh dilihat. Hanya lilin dihidupkan untuk menerangi kegelapan pagi.

Kira-kira jam 6.30 pagi barulah bekalan elektrik pulih seperti sediakala. Apabila ada cahaya lampu barulah nampak apa yang terjadi pada anakku Umair. Terdapat kesan lebam di bawah mata kanannya, tetapi tidak dapat dipastikan pada anggota badan yang lain. Selepas sarapan pagi, kira-kira jam 8.30 pagi saya dan isteri membawa Umair ke Klinik Fadzliyana untuk membuat pemeriksaan.

Alhamdulillah, doktor mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan buat masa ini. Tetapi pemantauan perlu dibuat selama 3 hari untuk memastikan kesihatannya. Sekiranya Umair ada muntah dalam masa 3 hari ini, maka kami perlu segera membawanya terus ke hospital untuk membuat CT Scan.

Selepas ini, saya dan isetri akan lebih berjaga-jaga. Diharap Umair tiada muntah-muntah dalam 3 hari ni. Semoga Umair sihat seperti sediakala. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: