5-in-1

5-in-1 bunyinya sangat familiar. Ia boleh jadi macam-macam, baik dari segi apa pun. Apa yang pasti ianya adalah satu item atau benda yang mana berfungsi sebagai 5 perkakas dalam satu. Kebiasaanya apabila 5 benda dimuatkan ke dalam satu objek ianya adalah satu item atau tool yang memudahkan dan membantu kerja seharian manusia.

Sebagai contoh, 5-in-1 yang membantu manusia dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut..

5-in-1 Vaccine, Ianya berfungsi melindungi kanak-kanak daripada 5 jenis penyakit dengan hanya 1 suntikan vaksin. Vaksin ini melindungi daripada Diphtheria, Tetanus, Pertussis (whooping cough), Polio dan Hib disease. Biasanya ianya diberikan kepada kanak-kanak pada usia 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 18 bulan.

5-in-1 Laser Multi functional Printer, Ianya adalah sebuah printer yang mempunyai pelbagai fungsi di dalam satu peranti. Seperti biasa ianya boleh Print, Copy (Photostat), Scan, Fax dan Telefon. Dengan adanya 5 perkakas di dalam 1 benda ianya akan menjimatkan ruang pejabat, sesuai untuk SOHO (Small Office Home Office). Terdapat dalam pelbagai jenama dan model di pasaran.

5-in-1 Card Reader, Ianya adalah sebuah peranti untuk membaca card memori jenis flash. Disebabkan terdapat banyak jenis card memori dengan pelbagai standard, maka card reader seperti ini diperlukan untuk membaca kesemua jenis card memori yang berbeza seperti SmartMedia cards (SM), MultiMedia/SecureDigital cards (MMC/SD), CompactFlash cards (CF), MemoryStick (MS) dan Extreme Digital (xD). Ianya sangat berguna digunakan untuk memindahkan fail, dokumen atau gambar.

5-in-1 Multimeter, Ianya adalah seperti multimeter yang lain tetapi ditambahkan lagi 4 fungsi yang berlainan. Selain daripada memeriksa voltan dan arus sama ada DC atau AC, ianya juga boleh digunakan untuk memeriksa Temp, Humidity, Sound Level, LUX meter dan Multimeter itu sendiri. Ianya sangat berguna kepada jurutera kerana semua perkakas di dalam satu.

Akan tetapi ada satu lagi 5-in-1 yang tidak membantu dalam kehidupan manusia malah menyusahkan. Sangat perit kepada golongan berpendapatan rendah dan menyusahkan golongan berpendapatan sederhana. Ianya dikenali sebagai 5 harga barang naik dalam 1 masa. 5 barang tersebut ialah Petrol RON95, Petrol RON97, Diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan Gula.

Harga Petrol RON95 dan Diesel dinaikkan sebanyak 5 sen. Petrol RON97 pula tidak diberikan subsidi dan ianya akan mengikut harga pasaran semasa, buat masa ini ia dinaikkan sebanyak 5 sen. Petroleum Gas Cecair (LPG) pula dinaikkan 10 sen/kg. Manakala Gula pula naik sebanyak 25 sen.

5-in-1 ini hanya berlaku di Malaysia sahaja. Apa nak jadi dengan Malaysia? Saya pun tak tahu, berita dan akhbar selalu menyiarkan ekonomi bagus, PETRONAS untung berbilion selepas cukai dan sebagainya.  Tetapi harga barang tetap juga naik tanpa alasan yang munasabah. Alasan yang selalu kita dengar ialah “Kenaikan Ini Tidak Akan Membebankan Rakyat“. Zaman era Tun Mahathir juga yang best.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: