Streamyx Account Terminated

Pada hari ini, saya pergi ke TM Point di Maxisegar, Ampang. Tidak lain dan tidak bukan dengan hanya satu tujuan iaitu memotong akaun streamyx dan talian TM Homeline sekali. Setelah penat beratur panjang di kaunter receptionist, satu borang berwarna kuning dan nombor giliran diberikan.

Selesai isi borang, nombor giliran saya terus dipanggil. Kiranya cepat jugalah nombor ni keluar. Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh kakitangan TM yang bertugas sambil memujuk rayu supaya saya tidak terminate akaun streamyx. Disebabkan hati dah nekad, saya bulatkan hati jer.

Alasan saya cukup mudah, saya tak mahu pakai sebab jarang sangat pakai streamyx di rumah. Saya kata membazir jer saya bayar setiap bulan kalau pakai cuma di hujung minggu. Kakitangan TM tersebut menyarankan saya downgrade kena pakej yang lebih murah iaitu RM38. Tetapi alasan saya tetap sama, buat apa saya bayar RM38 kalau saya tak pakai? So, nak taknak kakitangan TM tu terpaksa la akur dengan kehendak pelanggan macam saya ni.

Kalau saya cakap streamyx lembap dan tak laju, nanti ada la pula pakej lain yang dia sarankan. Tapi memang streamyx di kawasan rumah saya tak cukup laju, walaupun saya menggunakan pakej 1Mb. Talian sentiasa bermasalah, selalu saja terputus apabila surfing diwaktu malam. Siang tak tau la, sebab pergi kerja.

Tetapi disebabkan bil streamyx keluar pada setiap 10hb, maka bil streamyx untuk bulan Julai ni saya terpaksa bayar walaupun tak pakai kerana tempoh pemotongan akaun adalah selama 15 hari. Adoi!!!.. macam ni pun boleh jadi. Ditambah pula dengan bil pemotongan yang akan dibilkan kemudian sebanyak RM75. Tambah lagi satu bil, double bil macam ni. Biarlah aku tak pakai streamyx di rumah buat masa ni. Banyak lagi duit saya nak disalurkan ke tempat yang lebih bermanfaat dari bayar buta-buta ke streamyx.

Sayonara Streamyx, lain kali la saya apply. Itupun kalau High Speed Broadband (HSBB) dah sampai kat area rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: