JTM Xplore Race 2010

Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan rakan sepejabat telah menganjurkan aktiviti outdoor yang kami namakan JTM Xplore Race 2010. Aktiviti ini disertai oleh kakitangan JTM dan beberapa peserta luar yang rata-ratanya mempunyai kaitan dengan JTM. Saya, Rahman, Dol, Shark, Jimmy, Suhana dan Along menjadi Secretariat ataupun Urusetia dalam menjayakan aktiviti Xplore Race.

Aktiviti bermula dari checkpoint pertama iaitu PPUKM sehingga checkpoint terakhir di Agro Tech Sg. Sireh, Tanjung Karang. Keseluruhannya mempunyai 8 checkpoint yang perlu disiapkan oleh peserta. Terdapat 10 kumpulan yang terdiri dari 4 orang peserta setiap satu. 10 kumpulan 10 kereta ditambah dengan 3 kereta urusetia, kesemuanya berjumlah 13 buah kereta.

Saya dan rakan urusetia yang lain telah mereka cipta soalan di setiap check point yang perlu dilalui. Berikut adalah soalan-solannya telah dibuat.

Check Point 1 – PPUKM

Kesemua peserta dikehendaki menyelesaikan jigsaw puzzle, kumpulan yang siap terlebih dahulu akan menerima Tugasan ke-2 dan boleh mula bergerak.

Check Point 2 – Stesen Minyak Esso, Bukit Raja

Peserta yang sampai di stesen minyak Esso dikehendaki membeli 5 jenis barang yang berbeza dengan jumlah RM5 sahaja, tidak lebih dan tidak kurang. Resit bukti pembelian diperlukan untuk tugasan ini. Selepas siap tugasan kedua, peserta dikehendaki berjumpa dengan urusetia bertugas untuk mendapatkan Tugasan 3.

Check Point 3 – McD

Peserta dikehendaki mengisi jawapan di dalam tempat kosong. Beberapa jenis menu makanan yang disediakan oleh McD perlu diketahui jumlah kalori setiap makanan. Setelah selesai baru peserta boleh mendapatkan Tugasan 4 daripada urusetia.

Check Point 4 – Kelapa Muda

Peserta dikehendaki mencari buah kelapa mengikut nombor kumpulan masing-masing. Setelah jumpa buah kelapa yang bernombor, peserta dikehendaki memotong kelapa dan minum. Kemudian nombor yang ada pada kelapa perlu dipotong untuk diambil sebagai bukti. Setelah selesai barulah peserta dapatkan Tugasan 5 dan 6

Check Point 5 – Pekan Kapar

Peserta dikehendaki mencari jawapan berdasarkan soalan bertulis dan bergambar. Jawapannya terdapat di sekitar Pekan Kapar iaitu signboard kedai. Setelah selesai atau tidak barulah peserta bole terus bergerak ke destinasi seterusnya.

Check Point 6 – Apam Balik

Peserta dikehendaki membuat Apam Balik sendiri. Sebagai bonus mark, peserta dikehendaki mencari air untuk diisi ke dalam botol kosong. Setelah berjaya mengisi botol kosong dengan air, peserta dikehendaki menghabis segelas air kopi O no sugar sebagai syarat. Setelah selesai barulah Tugasan 7 akan diberi.

Check Point 7 – ABC

Peserta dikehendaki membuat ABC sendiri mengikut citarasa masing-masing. Setelah selesai peserta bolehlah makan ABC yang dibuat tadi. Setelah selesai, barulah peserta akan diberikan Tugasan 8 iaitu yang terakhir.

Check Point 8 – Home Stay

Tugasan yang terakhir pula hanya dimulakan pada jam 5.30pm. Iaitu aktiviti menangkap belut di bendang. Kumpulan yang mendapat belut yang terbanyak dikira sebagai pemenang.

Setelah aktiviti Xplore Race selesai, kami menginap di HomeStay Sg. Sireh. Ada sebahagiannya menginap di Hotel Harbour View, Sekinchan. Pada malamnya kami disajikan dengan makanan tradisi orang jawa iaitu Nasi Ambeng dan juga Belut Goreng yang ditangkap pada petangnya.

Selesai makan barulah aktiviti cabutan bertuah dimulakan dan diakhiri dengan hadiah kepada pemenang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: