Birthday Party Makcik Na

Hari nie birthday party Makcik Na iaitu makcik kepada isteriku. Majlis bermula jam 5pm, tetapi kami sampai jam 6pm. Bertempat di Armanee Terrace Condominium, Damansara Utama. Majlis dibuat di tepi swimming pool. Seperti biasa ada set barbeque dan beberapa jenis kek dan pastry yang agak sedap dimakan.

Terdapat banyak makanan seperti sate, spageti, kuey teow, salad, kek, sosej, burger, ayam panggang, lamb dan beberapa lagi hidangan lain. Barbeque antara menjadi tumpuan, tetapi disebabkan makanan lebih banyak daripada tetamu maka makanan kelihatan seperti tidak pernah sikit malah sentiasa bertambah.

Sementara menunggu semua tetamu sampai, Umair dah bersedia untuk mandi di dalam kolam. Ditemani oleh mama dan maminya, Umair kelihatan sungguh seronok berendam di dalam kolam. Berlaku perkara lucu apabila Umair hendak dipakaikan pampers, Umair secara tiba-tiba kencing dan terpancut terkena ke mukanya sendiri. Dalam keadaan yang agak gelap, Umair terpaksa dibawa untuk mandi semula. Nasib baiklah, ada bawa baju spare.

Lebih kurang jam 7.30pm barulah dimulakan acara meniup lilin. Semua orang menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Makcik Na. Uncle Azmi (suami makcik Na) menyuapkan kek ke mulut Makcik Na sebagai tanda kasih dan sayang kemudian barulah kek dipotong oleh Mak Teh (Makcik isteriku juga) untuk dibahagikan kepada tetamu yang hadir.

Selesai majlis saya, isteri, Umair, my mother in law dan Nora (isteri Pak Tam) berehat sebentar di rumah Makcik Na untuk solat Maghrib. Selepas selesai solat dan berehat kami turun semula ke swimming pool untuk membungkus makanan untuk dibawa balik. Sementara isteri saya tunggu di kereta kerana Umair dah kelaparan susu.

Rupa-rupanya hanya keluarga Mak Teh dan Mak Cak (my mom in law) yang datang ke majlis Hari Jadi Makcik Na. Keluarga Mak Ngah tidak hadir walaupun setelah kami sudah hendak balik. Majlis kelihatan seperti dibuat secara sederhana tetapi kos perbelanjaannya agak tinggi. RM50 satu kepala, kalau ada 20 orang tetamu, berapa la semuanya yer?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: