My 1st Honey Moon at Genting Highland

Honey Moon atau Bulan Madu, nama yang sinonim untuk orang yang baru saja mendirikan rumahtangga. Selepas sahaja selesai majlis kenduri bermula dari pihak perempuan dan diakhiri dengan pihak lelaki, maka kedua pasangan pengantin akan pergi berbulan madu. Tidak kira sama ada dalam atau luar negara.

Tetapi ada juga pasangan pengantin yang tidak pergi Honey Moon atau hold masa tersebut. Aku pula adalah tergolong dalam kategori hold masa Honey Moon kerana duit dah habis belanja untuk kenduri kahwin. So, terpaksalah buat dimasa yang lain.

Setelah berkahwin 1 tahun 10 bulan dan mempunyai seorang anak, barulah saya dapat pergi berbulan madu. Biasanya orang akan berbulan madu berdua, tetapi aku pula pergi bertiga. Setelah isteriku selesai viva dengan tesis Master nya, kami pun pergi Holiday di Genting Highland.

Kami mula bertolak dari rumah sekitar jam 11.45am, sepanjang perjalanan sungguh lancar tiada masalah berlaku dan MRR2 juga tidak sesak seperti selalu. Selepas jauh berjalan, kami singgah sebentar di Gohtong Jaya untuk makan tengah hari. Kami makan di Restoran Nasi Kandar Genting. Bunyinya macam sedap tetapi indah khabar dari rupa.

Semasa saya sekeluarga sedang makan kami didatangi oleh seorang penjual buah warga asing (Myanmar kalau tidak silap). Dia menjual buah strawberi dengan harga yang boleh tahan mahal. Sekotak buah yang separuh masak berharga RM15, manakala sekotak buah yang sudah masak RM8. Aku pada mulanya enggan membeli buah tersebut, tetapi memandangkan anakku Umair tidak makan apa-apa maka aku beli juga buah tersebut. Selepas tawar-menawar barulah penjual tersebut menjual dengan harga RM5 sekotak. Aku beli 2 kotak strawberi yang telah masak, tetapi alangkah terkejutnya selepas kotak tersebut dibuka, banyak buah yang telah rosak. Luaran sahaja nampak elok tetapi bahagian yang rosak disorok dan dialih ke dalam. Hanya ada beberapa biji sahaja yang elok. Lepas ni jangan harap la aku nak beli dari penjual warga asing. Dah la mula-mula nak jual mahal, jual pulak buah yang dah rosak.

Selepas itu kami bertolak naik ke Genting Highland. Sepanjang perjalanan yang berliku, kereta Proton Satria yang kami naiki terasa sangat berat dan underpower. Mungkin kerana kereta menggunakan gear auto. Sampai di atas, saya mula check-in di First World Hotel. Saya menempah bilik Standard View yang menghadap Taman Tema.

Selepas kami menghantar barang ke bilik, barulah saya sekeluarga pergi berjalan-jalan mengambil angin dan melihat Taman Tema. Oleh kerana puas berjalan ke sana ke mari, tekak terasa haus. Padahal tak haus pun, saja nak duduk berehat. Tetapi takkan la duduk saja, saya pun order la Teh Tarik di Restoran . Terkejut juga apabila hendak bayar, harganya adalah RM5. Terkedu sekejap dengar, tapi masih waras. Saya pun dengan selamba menghulurkan not RM10 dan baki RM5 dikembalikan. Nasib baiklah teh tariknya sedap diminum, kalau tidak memang dah kena maki hamun.

Kemudian saya ke kedai Fujifilm untuk membuat keychain bergambar. RM25 untuk sepasang, satu untuk saya dan satu lagi untuk isteri. Gambar yang kami angkap bersama saya jadikan keychain. Kemudian kami pergi bersiar-siar di luar taman iaitu berdekatan Outdoor Theme Park. Suhu yang begitu dingin terasa begitu selesa. Manakala Umair pula beberapa kali terbersin kerana kesejukan. Lupa pula papa dan mama nak pakaikan dia Snow Cap.

Kami beli sedikit makanan iaitu Waffle, seperti biasa harganya cukup mahal untuk sepotong waffle iaitu RM4.70 sekeping. Kemudian kami window shopping setiap tingkat dan balik semula ke bilik.

Apabila hari sudah hendak malam, kami pun keluar semula untuk makan malam. Dalam banyak-banyak restoran, kami memilih restoran makanan segera iaitu Burger King, kerana kami risau akan status halal bagi restoran yang lain. Saya memesan burger wooper dan satu lagi burger kembar tetapi kecil saiznya. Harganya tak payah cerita, memang mahal.

Selepas kami makan, kami pergi bersiar-siar di Indoor Theme Park. Banyak permainan yang agak menarik tetapi kami tak berpeluang untuk bermain kerana ada Umair. Kasihan Umair tak dapat main semua permainan. Kemudian kami pergi window shopping di beberapa buah kedai. Sepanjang kami window shopping, Umair menjadi daya tarikan semua orang. Semua orang suka tengok Umair yang comel. Ada pelancong yang sampai pandang dua kali apabila melihat Umair. Mama dan Papa hanya senyum sahaja. Semasa on the way balik ke bilik pun Umair menjadi tumpuan ramai.

Pada Jumaat pagi, saya sekeluarga pergi bersarapan di First World Cafe. Saya mengambil makanan sementara isteri saya menjaga Umair. Nasi Lemak, Mee Goreng, Kacang Panggang, Sosej Rebus, Omlet, Telur Mata Separuh Masak, Makanan Cereal, Buah, Jus dan Kopi menjadi santapan kami sekeluarga. Siap bawak balik roti dan jem. Hehehe..

Selepas balik dari sarapan kami balik ke bilik untuk berkemas dan bersedia untuk check-out. Selepas saya hantar semua barang ke dalam kereta barulah kami berjalan-jalan sekali lagi di sekitar dan mula balik ke rumah pada jam 1pm.

Sepanjang berada di Genting Highland terasa seperti berada di negara China. Susah betul nak jumpa kaum selain Cina. Rata-rata mereka adalah pelancong dari Singapura dan China atau Taiwan. Banyak duit habis bukan untuk bermain tetapi untuk beli makanan. So, selepas ni kalau ada sesiapa nak ke Genting Highland kena bersedia dengan harga makanan dan minuman yang mahal.

Apapun percutian ke Genting Highland agak menarik. Kalau Umair dah besar sikit nanti papa dan mama bawa ke Genting Highland lagi untuk bermain di Taman Tema.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: