Duit Syiling

Duit Syiling, Coin, Penny dan bermacam-macam lagi nama yang diberi untuknya. Apa pun ianya tetap duit yang dilihat kurang berharga kerana nilainya yang kecil. Seringkali ia digunakan untuk mencukupkan nilai belian yang mempunyai angka sen. Dari sekecil nilai 1 sen, 5 sen sehingga 50 sen kecuali syiling RM1 yang telah ditarik balik penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia.

Semasa aku bersekolah rendah dahulu, duit belanja adalah 50 sen. Cukup besar untuk murid sekolah rendah pada waktu itu. Dengan 50 sen aku boleh membeli nasi goreng atau nasi lemak yang bernilai 30 sen sebungkus dan mee goreng bernilai 20 sen. Kalau hendak makan soto ianya bernilai 50 sen, rojak mee bernilai 50 sen dan air minuman bernilai 30 sen. Kuih-muih pula 20 sen sebiji kecuali kuih donut yang besar 50 sen sebiji.

Dengan duit belanja 50 sen aku kena sesuaikan belanja makanan yang sepatutnya. Agak sukar kerana kebiasaannya duit belanja akan habis terus atau tidak cukup. Tetapi itu semua cerita lama yang telah menjadi sejarah dalam hidupku.

Namun begitu, sejarah lama kini berulang. Di mana syiling yang lama dan jarang sekali digunakan kini menjadi sangat berharga dikala aku sedang sengkek. Sementara menunggu payday (hari gaji) yang dirasakan agak lama, aku mengumpul dan mencari semula duit syiling yang selalunya berada di dalam mesin basuh, poket seluar dan last sekali tabung syiling.

Aku gunakan duit syiling tersebut untuk breakfast dan kadang-kadang makan tengah hari. Tiada duit kertas yang dapat dihulur hanya duit syiling menjadi pengganti. Dikala itu, malu sudahku tolak tepi jauh-jauh. Apa yang penting adalah untuk mengalas perut yang lapar. Kalau aku yang sudah bekerja pun boleh jadi macam ni, bagaimana pula orang yang kerjanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?

Syiling yang kulihat kurang berharga suatu ketika dahulu menjadi suatu benda yang sangat berharga ketika susah. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana sedar atas kesilapanku yang lalu. Walaupun ianya mengambil masa yang agak lama untuk aku sedar semua ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: