Rojak Buah at Equine Park

Malam tadi saya dan adik ipar (Ihsan) membuka gerai menjual Rojak Buah. Turut datang membantu isteri saya dan adik ipar yang bongsu (Supi). Kami membuka gerai bermula jam 8pm sehingga 11.45pm. Kerana pada jam 1am adik ipar (Ihsan) membuat latihan Futsal.

Jualan boleh dikatakan agak memberangsangkan untuk hari pertama. Sebanyak 19 bungkus Rojak Buah dapat dijual pada malam tadi. Walaupun agak kekok buat pertama kali menggaul, mencapur dan menyediakan rojak buah, Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Saya pula menjadi pembantu kepada Ihsan kerana cadangan membuka gerai rojak buah adalah ideanya. Gerai nasi lemak saya pula nampaknya terpaksa ditunda kerana ketiadaan stok. Jadi gerai Rojak Buah menjadi penggantinya buat masa ini.

Ada perkara lucu yang berlaku semasa menjual rojak buah. Semasa saya sedang sibuk mengadun bahan-bahan, Ihsan pula memotong timun. Lucunya apabila seorang pelanggan menegurnya, dialognya seperti begini

Pelanggan : Hai!, ni potong timun untuk buat burger atau rojak?

Ihsan : erkk..

Pelanggan : Kata Rojak Buah Penang Mai (merujuk kepada signboard depan gerai)

Ihsan : Bukan saya buat bisnes nie, saya cuma tolong jer (Ihsan cuba mengelak)

Saya pula hanya tersenyum dengan gelagat Ihsan. Padahal dia yang potong timun tu dan gerai Rojak Buah ni adalah ideanya. Hahaha, memang lawak kejadian malam tadi. Ihsan pula seperti orang yang dah ‘Moral Down’. Dia tak mahu gerai lagi selepas ini katanya. Saya nasihatkan, ini adalah cabaran dan dugaan apabila melibatkan diri dalam perniagaan. Apa yang penting jangan cepat putus asa dan semangat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: