Seminggu Bersama Umair

Seminggu bersama Umair? Bunyinya seperti sekejap dan tidak lama. Akan tetapi dalam seminggu macam-macam boleh jadi. Penat menjaga Umair lain dari yang lain. Kalau penat bekerja, boleh rehat. Kalau penat bersukan, pun boleh rehat. Tetapi kalau penat jaga anak, memang tak boleh rehat. Kena selalu entertain dan jaga sentiasa.

Pada Isnin dan Selasa yang lepas, saya terpaksa mengambil cuti untuk menjaga Umair di rumah. Ini kerana pengasuh yang selalu menjaganya hendak bercuti selama 2 hari.

Pada hari Isnin, saya menjaganya memang tak larat. Penat dan mengantuk, belum pun setengah hari saya dah nak tertidur. Nasib baik la ibu mertuaku ada tolong jagakan sementara saya berehat tidur.

Hari Selasa pula, saya lebih bersedia menjaga Umair. Setelah sarapan pagi saya rasa lebih bertenaga untuk menjaganya. Kali ini puas saya mendukungnya kerana Umair memang suka didukung. Umair memang manja sangat selama 2 hari ini.

Pada malamnya, isteri saya mendapat mesej dari pengasuhnya mengatakan yang dia hendak bercuti lagi sehingga hari Jumaat. Alamatnya kena la jaga Umair sehingga Jumaat. Nasib baik la ibu mertuaku sudi menjaga cucunya. Akan tetapi sehingga hari Khamis sahaja, kerana keluarga mertuaku hendak balik kampung di Pulau Pinang.

Dipendekkan cerita saya kena ambil cuti sekali lagi untuk hari Jumaat. Pada hari Jumaat, puas Umair bersama papa dan mamanya di rumah. Umair selalu bermain dengan sepuas-puasnya. Memang manja sangat-sangat dengan papa dan mama.

Pada hari Sabtu, seperti biasa saya menjaga Umair. Tetapi kali ini, Umair sungguh manja. Botol susu Umair tak layan, Umair cuma mahu susu mamanya sahaja. Terpaksa la mamanya bagi susu, walaupun ada kerja. Papanya boleh la berehat sebentar.

Pada hari Ahad, Umair buat hal lagi. Dia hanya mahu bermain dengan mamanya. Manja sungguh Umair ni, nasib baik la hari Ahad. Sebab keluarga mertuaku akan balik pada malam Ahad. So, ada la orang tolong jagakan.

Sekali lagi, isteriku mendapat mesej dari pengasuh Umair yang dia akan balik pada tengah hari Isnin. Ini bermakna, Umair akan dijaga oleh naninya lagi. Naninya asyik membebel tak putus-putus, kerana sikap pengasuh yang kerap ambil cuti. Kalau difikirkan memang betul, kenapa ambil cuti lama sangat. Ini menyusahkan orang yang bekerja. Tetapi kalau difikirkan semula, tak hairanlah pengasuh ni ambil cuti kerana sekarang adalah cuti sekolah.

Selama seminggu bersama Umair dan isteri, banyak perkara yang saya pelajari dan fahami erti sebuah keluarga. Dalam diam seimbas lalu, saya menjiwai naluri seorang ayah dan suami dengan mendalam. Saya mula terfikir dan sedar, dimana soalan yang selalu bermain difikiran pada suatu ketika dahulu kini terjawab.

Aku terfikir bagaimana ibubapaku menjagaku semasa aku masih kecil seperti Umair. Kini aku lalui seperti mana ibubapaku lalui sebelum ini. Kalau dulu pemahamanku hanya pada logik akal tetapi kini pemahamanku lebih mendalam setelah aku lalui sendiri.

Begitu juga isteriku yang penat menjaga Umair, walaupun aku tidak melalui pengalaman dan penat lelahnya. Tetapi aku cukup memahami setelah melalui bersama-sama walaupun untuk seminggu. Sebagaimana isteriku lalui, begitu juga ibuku. Kini aku cukup faham, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Karenah anakku Umair membuatku terfikir, bagaimana aku sewaktu kecil dahulu? Begitu nakal kah? Hahaha, soalan seperti ini cukup malu untuk aku bertanya dengan kedua orang tua ku.

Pengalaman seperti ini membuatkan aku lebih dewasa dan matang. Dimana tanggungjawab yang dipikul perlu dilaksanakan. Secara tak langsung ini membuatkan aku cukup sayang pada keluargaku. Biarpun keluargaku tidak mewah dengan wang ringgit dan harta benda, tetapi aku cukup gembira dengan keluargaku. Kerana aku faham erti sebuah keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: