I am OUM student

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Aku berjaya menyambung semula pengajianku ke peringkat Ijazah. Petang tadi aku baru sahaja selesai mendaftar diri sebagai pelajar Open University Malaysia (OUM). Kursus yang aku pohon ialah Bachelor of Information Technology with Honours (BIT).

Selesai berunding dengan pihak pemasaran saya membayar wang pendaftaran untuk memulakan pengajian bagi sesi Mei 2010. Pengajianku bermula pada hari Ahad ini bertempat di Serdang Raya Learning Centre. Pengajianku di OUM akan mengambil masa 4.5 tahun iaitu 4 tahun 4 bulan, sekiranya tiada carry paper.

Aku berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh agar matlamatku tercapai bagi merealisasikan cita-citaku. Semoga dengan pengorbananku ini, aku dapat meningkatkan taraf hidup keluargaku agar kami sekeluarga dapat hidup dengan lebih selesa. Semua ini aku lakukan demi masa depan keluargaku dan juga cahaya mata sulongku iaitu Muhammad Umair Darwisy.

Tidak lupa juga kepada ibuku yang banyak membantu dan menyokongku agar aku melangkah setapak lagi ke hadapan.

5 Comments (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    May 20, 2010 @ 13:21:05

    Good Luck & ALL THE BEST…

    Reply

  2. Saiful
    May 27, 2010 @ 15:55:59

    Tahniah!

    Reply

  3. maziati
    May 30, 2010 @ 23:59:12

    Alhamdulillah…..mama doakan semoga eyung dipermudahkan….dan terus cemerlang dalam mencari ilmu dunia dan akhirat. Ingatlah….kunci kejayaan ialah sabar…..dan jangan lupa…jaga kesihatan, jaga solat dan jaga keluarga.

    Reply

  4. Suhaimy
    Nov 07, 2010 @ 12:20:18

    Salam saudara. Tahniah kerana telah berjaya membuat keputusan besar dlm hidup saudara. Sy pun dr semester Mei 2010 & PPT sama dgn saudara. Cuma course je lain. Sy ambil BBA. Sy sbnrnya dr latar belakang IT. Self-employed dlm bidang IT. Tp cam bosan je asyik IT je. Sy tak tau tentang saudara tp sy sambung belajar utk diri sendiri. Utk ‘upgrade’ diri & bkn utk naik pangkat. Kalau saudara ada keazaman utk ubah diri, mmg belum terlambat. Jom sama2 tamatkan pengajian…

    Reply

    • sufri82
      Nov 10, 2010 @ 18:26:13

      Terima kasih saudara Suhaimy,
      Saya sambung belajar kerana minat yang mendalam dalam bidang IT
      Ianya salah satu batu loncatan untuk saya meningkatkan ilmu ke peringkat lebih tinggi (Master seterusnya PHd)

      Sama-sama kita mengaji demi masa depan yang cerah

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: