Sejarah Telefon Bimbit Ku

Siapa yang tidak mempunyai telefon bimbit? Hampir semua orang memiliki telefon bimbit dan ianya bagaikan sesuatu aksesori yang wajib ada dan lazim pada semua orang. Jikalau dahulu pada zaman 90an, sesiapa yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai orang kaya kerana harganya saja boleh buat deposit kereta walaupun telefon bimbit pada masa itu sebesar batu bata.

Tetapi pada masa kini semua telefon bimbit boleh dimiliki dengan harga yang cukup murah dari serendah RM90 (model tertentu sahaja) sehinggalah harga yang mencecah 5 angka. Telefon bimbit telah menjadi barang keperluan pada masakini. Murid sekolah rendah dan menengah sehingga pelajar universiti memiliki telefon bimbit masing-masing.

Aku mula memiliki telefon bimbit sendiri setelah aku bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Aku beli dengan gajiku pada bulan kedua. Telefon bimbit pertamaku ialah jenama Siemens model C25. Aku cukup sayangkan telefon ini dan memilikinya sehingga aku sambung belajar di Politeknik Seberang Perai.

Semasa belajar di sana ada seorang kawan yang cukup berminat dengan telefon bimbitku sehingga sanggup membelinya. Pada asalnya aku tidak ingin menjualnya kerana masih sayang. Tetapi aku cuba menduga dengan menjual pada harga RM50 yang mana tawarannya hanya sah pada malam itu sahaja. Aku tahu dia jenis tidak berwang dan poketnya sentiasa bocor. Akan tetapi rupa-rupanya dia baru saja keluarkan wang dari ATM pada petang itu, dengan  selambanya dia menghulurkan not RM50. Aku terkedu dan terpaksa menunaikan janjiku. Adoi.. tetapi ada hikmahnya aku jual telefon tersebut kerana 2 hari selepas itu telefon tersebut rosak.

So, terpaksalah aku beli telefon bimbit lain. Semasa aku membuat praktikal dengan elaun yang aku dapat, aku membeli sebuah telefon jenama Nokia model 3310. Ianya cukup menarik kerana telefon tersebut sangat popular pada masa itu. Sesiapa yang ada telefon 3310 memang sesuatu yang membanggakan. Dipendekkan cerita semasa akhir semester pembelajaranku di Politeknik, rumah sewaku dimasuki pencuri. Semua telefon bimbit di dalam rumah sewa yang kami duduki hilang. Termasuklah telefon bimbitku.

Semasa aku mula bekerja di Kuala Lumpur, aku menggunakan telefon bimbit jenama Nokia model 5210. Ianya aku pinjam dari ibuku buat sementara kerana aku baru mula bekerja dan belum mempunyai gaji untuk membeli telefon bimbit yang baru. Kemudian aku menggunakan telefon bimbit terpakai yang dihadiahkan oleh ibu mertuaku iaitu jenama Nokia model 3660.

Mungkin hadiah berkenaan adalah berkat dari usahaku yang jujur memulangkan telefon bimbit seorang pelajar. Sebelum itu, aku terjumpa telefon bimbit yang serupa iaitu 3660 semasa dalam perjalanan balik ke rumah. Semasa aku menyimpan telefon bimbit tersebut tuan punya telefon menelefon telefonnya dengan harapan ada orang yang mengangkatnya. Aku seperti biasa mengangkat panggilan telefon tersebut dan tuan punya telefon memohon jasa baik agar aku pulangkan pada malam itu juga. Memandangkan hari sudah larut malam saya bercadang untuk memulangkan telefon tersebut keesokannya. Tuan punya telefon tersebut cukup gembira lalu menghadiahkan not RM50 sebagai tanda penghargaan. Aku cukup serba salah untuk menerima hadiah tersebut dari seorang pelajar akan tetapi pelajar tersebut berkeras mahu saya terima kerana itulah saja cara dia mengucapkan terima kasih. Balik ke rumah aku menceritakan pada housemate dan mereka mengatakan tindakan aku kurang bijak, sepatutnya OFF kan saja telefon tersebut dan boleh pakai atau jual. Akan tetapi aku bukan seperti dia.

Dipendekkan cerita lagi, telefon bimbit nokia 3660 itu hilang kerana rumah sewaku dimasuki pencuri. Ini disebabkan kelalaian housemate untuk mengunci pintu ketika aku sedang tidur. So, terpaksalah aku membeli telefon bimbit yang baru iaitu jenama Nokia model 1110i. Ianya cukup ringkas dan lasak akan tetapi ianya mempunyai kapasiti ruang memori yang cukup terhad. Disebabkan aku mempunyai 2 sim kad. Aku menggunakan sebuah telefon terpakai iaitu jenama Nokia model 3610. Pada asalnya telefon tersebut adalah milik adikku, oleh kerana ianya telah rosak aku mengambil darinya lalu membaiki. Hanya suis ON/OFF sahaja yang rosak. Ianya masih boleh dipakai.

Kini kedua-dua telefon bimbitku telah rosak, baik model 1110i mahupun 3610. So, terpaksalah mencari telefon bimbit yang baru selepas ini. Akan tetapi ongkosnya belum ada, so terpaksalah pinjam telefon adik iparku buat sementara. Mungkinkah aku akan membeli iPhone 3Gs atau Blackberry? Who knows. Even I don’t know..

1 Comment (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    May 17, 2010 @ 13:14:48

    interesting story…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: