Bahagia

Apakah itu bahagia? Ramai orang yang beranggapan bahagia itu datang dari wang ringgit, cinta di antara kekasih, pangkat dan darjat, harta kekayaan yang melimpah ruah, mempunyai pasangan yang tampan bagi jejaka dan cantik molek bagi perempuan, berpendidikan tinggi dan apa-apa saja yang bersangkut paut dengan duniawi.

Mengikut istilah Kamus Dewan, bahagia ialah suasana senang dan aman, aman damai dan gembira.

Akan tetapi di dalam Islam, bahagia atas perintah Allah dan gembira menjauhi semua larangan-Nya.

Sekiranya bahagia datang dari wang ringgit, maka ia tidak akan kekal lama ketika habisnya wang. Sekiranya bahagia datang daripada cinta sepasangan kekasih, maka ia tidak akan kekal lama sekiranya mendapat pasangan baru. Sekiranya bahagia datang dari pangkat dan darjat, maka ia tidak akan kekal lama sekiranya ianya diturunkan pangkat. Sekiranya bahagia datang dari harta kekayaan yang melimpah ruah, maka ianya tidak akan kekal lama apabila ia muflis. Sekiranya bahagia datang dari paras rupa yang cantik dan tampan, maka ianya tidak akan kekal lama apabila mencapai usia emas. Sekiranya bahagia datang dari pendidikan yang tinggi, maka ianya tidak akan kekal lama sekiranya ilmu tersebut tidak dimanfaatkan.

Firman Allah S.W.T :

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya : “(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )

Untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan yang membaca blog ini, adakah aku sudah mencapai tahap kebahagiaan yang diimpikan? Tepuk dada tanya selera. Apa pun aku cuba memperbaiki setiap kecacatan dan kelemahan yang ada pada diri ini agar mencapai tahap bahagia yang diredhai Allah. Amin…

3 Comments (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    May 07, 2010 @ 10:48:40

    Amin…

    Reply

  2. maziati
    May 07, 2010 @ 18:47:02

    Insyaallah……hanya kepada ALLAH tempat kita mengadu dan ALLAH maha mengetahui segalanya.

    Reply

  3. Hadri
    Jun 15, 2010 @ 17:44:15

    tepuk dada tanya iman

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: