Window Shopping di Alamanda, Putrajaya

Ahad yang lepas, saya sekeluarga bersama isteri dan anak  pergi berjalan-jalan di Alamanda. Cadangan awalnya hendak ker Jaya Jusco Equine. Akan tetapi disebabkan dah selalu pergi ker sana, saya cadang tukar angin sikit ke tempat lain iaitu Alamanda. Lagipun memang dah lama tak ke sana.

Sampai di sana saya sekeluarga berjalan-jalan sambil mendukung Umair. Baby Stroller tidak dibawa bersama kerana saya lebih suka mendukung Umair. Setelah beberapa ketika baru perasan yang ramai orang yang berada di Alamanda membawa bayi masing-masing dengan stroller. Terasa kawasan Alamanda tempat bayi membuat reunion.

Isteri saya pula pergi ke sebuah kedai baju yang boleh dikatakan agak mahal juga. Disebabkan tertarik dengan tawaran harga murah pada papan tandanya, terus dia mencuba beberapa helai baju untuk dibeli. Setelah satu persatu dicuba, sehelai daripadanya menjadi pilihan dan terus ke kaunter bayaran.

Sampai di kaunter pembayaran, harga yang terkeluar di atas cashier machine menunjukkan RM80. Wow!!! Apa sudah jadi, rupanya harga yang murah hanya yang ada tanda murah sahaja dan bukan kesemua yang terdapat di atas gantungan. Isteri saya langsung bayar walaupun rasa macam tertipu. Saya pula nasihatkan, kalau mahal dan tertipu jangan beli. Sebab harganya saja memang jauh sangat berbanding dengan harga pada papan tanda.

Kemudian kami pergi ke Food Court untuk menjamu selera. Ais Krim Waffle Classic, Mee Goreng Basah, Nescafe Ais dan Air Peach menjadi sajian. Selepas berehat seketika, saya ingatkan hendak bersiar-siar di taman-taman sekitar Alamanda, akan tetapi cuaca di luar agak panas lalu kami batalkan niat dan terus balik ke rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: