Pokok Tumbang di Pekan Semenyih

Kejadian berlaku semalam pada 15 April 2010 hari khamis. Pokok yang berada di tepi jalan tumbang merentasi jalan. Apa yang saya tahu tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Cuma sebuah MPV Proton Exora menjadi mangsa dalam kemalangan tersebut, cermin hadapan pemandu retak disebabkan terkena pokok tersebut.

Cuaca pada waktu itu agak kurang baik dan hujan yang tidak menentu. Saya yang baru balik dari tempat kerja melihat terdapat traffic jammed yang agak teruk. Sepanjang jalan tiada kenderaan yang bergerak, teruk betul traffic kali ini, nasib baik la saya pakai motor boleh la mencelah di sepanjang jalan.

Sampai di tempat kejadian nampak la pokok tumbang. Kalau ikutkan bukanlah tumbang sepenuhnya, cuma dahan pokok yang paling besar patah dan jatuh. Besar juga dahan pokok tue, sepanjang jalan direntas. Motor saya yang kecik nie pun tak boleh mencelah. Dalam masa menunggu pokok tadi dialihkan, saya cuma memerhatikan saja dari atas motor. Semasa sedang menunggu, terasa sayang la pulak tak dapat snap gambar. Kamera tidakku bawa bersama.

Hujan pula tak berhenti-henti dari tadi, alamatnya boleh demam aku macam nie. Selesai saja sebahagian pokok dialihkan, saya pun ambil peluang untuk mencelah dan balik ke rumah. Niat di hati memang nak tolong orang alihkan pokok, tapi waktu itu dah lewat malam. Saya rasa isteri di rumah tidak akan faham kalau saya balik lebih lewat dari waktu tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: