Se’Malam’ Bersama Umair

Al-kisahnya hal ini baru berlaku malam tadi. Di mana saya bersama Umair sepanjang malam kerana Umair tidak mahu tidur. Kisah bermula pada jam 1 pagi tadi. Saya mula terjaga dari tidur kerana Umair mula menangis kerana laparkan susu. So, saya terpaksa la bangun untuk buat susu Umair.

Kasihan Umair kelaparan, minum susu bukan main laju lagi. Saya buatkan 4 oz  susu untuk Umair habis diminum. Selepas itu Umair senyap dan memandang papanya dengan penuh perasaan. Aisey, ini macam ada petanda kurang bagus nie. Sekali tengok memang betul, lampinnya penuh dengan t**i. Aarrgghhhh!! terpaksa la papanya salin dan tukar dengan yang baru. Nasib baik la Umair senyap dan tidak banyak bergerak, kalau tidak mesti Umair dah tendang-tendang t**i dalam lampin.

Selepas tukar lampin baru, Umair masih tidak mahu tidur. Umair melihat ke sana sini seperti ada yang menarik perhatiannya. Terpaksa la papanya melayan karenahnya, bermain-main sampai Umair terlelap. Tapi sangkaanku meleset, Umair cukup bertenaga untuk berjaga malam. Adoi, papanya pula yang dah terhangguk-hangguk melayan Umair.

Sampai jam 2.30 pagi, Umair mula bising kelaparan. Terpaksa la, papanya buatkan susu sekali lagi untuk Umair. Kali ini saya buatkan 3 oz, kurang sikit dari sebelum nie. Seperti biasa habis diminum oleh Umair. Selepas bagi Umair sendawa, Umair masih belum mahu tidur. Umair cukup suka didukung, pantang baringkan saja mesti Umair merengek-rengek minta didukung.

Tiba-tiba terasa seluar Umair basah, aisey lampinnya dah bocor. Kena tukar lampin dan baju sekali, ini dah kali kedua papanya tukar lampin dalam satu malam. Seperti biasa, selepas itu Umair merengek-rengek minta susu. Sekali lagi papanya buatkan susu, kali ini 2 oz sahaja. Habis diminum oleh Umair dan selepas itu nampak tanda-tanda Umair sudah mula mengantuk. Boleh la papanya tidur selepas ini. Selepas Umair lelap, papanya pun boleh la sambung tidur.

Seperti biasa sebelum papanya masuk tidur, papanya akan cium Umair dahulu. Sekali cium, Umair terus terjaga dan tak mahu tidur. Ayark!! dah terpaksa berjaga lagi. Aduhai, Umair pulak lagi cergas dan mahu bermain-main dengan papanya. Nak tak nak terpaksa la papanya layankan karenah Umair nie.

Pada waktu itu jam sudah masuk 5 pagi. Umair masih lagi cergas dan tiada tanda-tanda mahu tidur. Papanya dari mengantuk, dah mula cergas. Tapi kepala macam ringan jer, macam tak cukup tidur. Lebih kurang jam 6 pagi, Umair merengek-rengek minta susu. Papanya terpaksa la buatkan susu sekali lagi. Kali ini 2 oz sahaja, akan tetapi Umair tidak mahu minum. Seperti dia dah bosan dengan susu formula. Terpaksa la papanya kejutkan mamanya dari tidur untuk berikan susu badan kepada Umair.

Pantang dapat susu badan, Umair terus senyap sambil minum susu mamanya. Kali ini boleh la papanya berehat sebentar. Jam sudah masuk 6.15 pagi. Papanya pula nak berehat sebentar kononnya la, sekali terjaga jam dah masuk 9 pagi. Ayarkk!! papa dah lewat pergi kerja la Umair. Pagi-pagi lagi dah mandi ‘kambing’ (maksudnya mandi dengan laju). Sampai pejabat jam 10 pagi, breakfast sekejap minum nescafe tarik baru buat kerja.

Papa sabar jer la Umair, sebab Umair anak kesayangan papa. Huhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: