Gelagat Umair and his Papa

Selalu apabila ada masa lapang saya akan bermain bersama Umair. Rasa seronok walaupun penat balik dari kerja, melihat gelagat Umair penat dan runsing dalam kepala hilang. Mungkin inilah anugerah dari Allah, Dia memberikan sesuatu yang tidak terjangka dan terduga. Aku bersyukur kerana Umair menjadi zuriatku.

Semasa saya bermain-main dengan Umair, selalunya Umair akan memandang ke tempat lain. Selalu dia tidak mempedulikan papanya. Adoi, apa la Umair nie. Apabila saya memandang tepat ke mukanya, Umair akan berpaling ke tempat lain seolah-olah ada sesuatu di belakang saya yang menjadi perhatiannya.

Kadang-kadang terfikir juga apa yang Umair ‘nampak’ yang mana saya ‘tak nampak’. Tapi nampaknya Umair begitu ceria sekali. Ada orang pernah berkata yang mana apabila seseorang bayi itu gelak dan senyum sendirian itu bermakna yang bayi tersebut sedang bermain dengan ‘kembar’nya yang satu lagi iaitu uri. Saya tidaklah mengiakan dan tidak juga menidakkan kerana ilmu agama saya belum cukup dalam dan luas.

Apa pun keseronokan bermain bersama Umair memang lain dari yang lain. Mungkin inilah perasaan seorang ayah kepada anaknya. Terfikir juga sesekali bagaimana ayah saya (Mohamad Hamka) mempunyai perasaan sebegini sewaktu aku dilahirkan. Kalau dulu aku tidak faham dan tidak ambil peduli. Tetapi kini setelah aku bergelar seorang ayah, aku sudah cukup faham.

Mungkin kasih seorang ibu kepada anak hanya isteriku sahaja yang tahu yang mana aku dapat menyelami sebahagiannya sahaja. Tetapi rasanya kasih sayang kedua ibubapa terhadap anak tidak jauh bezanya. Suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan tetapi ianya cukup menyentuh jiwaku. Semoga Umair menjadi seorang anak yang soleh dan taat kedua ibubapanya. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: