Aktiviti Hujung Minggu

Semalam adalah aktiviti yang kukira memenatkan, kerana sebahagian daripada aktviti tersebut adalah outdoor. Pagi-pagi lagi Cik Hawa dah call isteri saya untuk datang melawat Umair. Sorang lagi ‘nenek’ Umair datang melawat pagi nie. Lebih kurang jam 11.30am, Cik Hawa, Cik Amat, Syafiqah, Ella dan Nuar telah pun sampai di perkarangan rumah ibu mertuaku.

Semasa mereka sampai Umair masih minum susu tanpa menghiraukan sesiapa yang datang. Sambil tue kami berbual dan bersembang kerana lama tak berjumpa. Umair menjadi tumpuan utama kali ini, sebab memang tujuan utamanya pun untuk melawat Umair. Apabila masa sudah agak lewat, seperti biasa Umair mendapat ‘Ang Pow’ dari Makcik Ella dan Nenek Hawa. Murah rezeki Umair pagi-pagi nie.

Sebelah petangnya, saya keluar pergi membuat survey Pusat Jagaan Kanak-kanak di sekitar Seri Serdang berdekatan UPM. Puas pusing keliling seluruh kawasan perumahan dan memang banyak juga. Cuma rata-ratanya tidak menyediakan khidmat menjaga bayi. Apa yang saya buat cuma mengambil gambar kawasan Pusat Jagaan Kanak-kanak tersebut, senang sikit daripada menyalin no telefon.

Semasa hendak balik ke rumah, saya singgah sebentar di kedai gunting rambut untuk memotong rambut yang telah sedia panjang. Malas fikir panjang, saya cuma mintak tukang gunting memotong stail Flat Top. Tapi hasilnya tidak seperti yang disangkakan. Apa boleh buat, kedai yang aku pergi bukannya salon rambut yang mempunyai Diploma. Tetapi hanya kedai gunting India yang biasa.

Selesai gunting rambut, saya pergi ke kedai runcit untuk membeli buah tembikai untuk dijadikan juadah pencuci mulut malam nanti. Di rumah semua orang sedang menyiapkan bahan masakan kerana kami akan makan Steambot untuk dijadikan makan malam. Isteri saya memasak nasi goreng, afiq dan nono menyediakan bahan-bahan steambot. Saya pula menjaga Umair sambil memerhati neneknya yang menyiram pokok bunga.

Apabila steambot siap untuk dimakan, kami mula menjamu selera. Sungguh sedap steambot, penuh dengan fish ball, ketam, cendawan pelbagai jenis, daging, ayam, tauhu jepun dan beberapa lagi bahan lain yang saya dah tak kenal rupa asalnya. Apa yang pasti ianya memang sedap. Selalu orang akan makan dengan nasi putih, tetapi kami makan dengan nasi goreng. Sedap jugak, lain dari yang lain.

Malamnya, saya bermain-main dengan Umair walaupun tidak dilayan. Huhuhu, apa la Umair nie. Bagi la respond dengan papa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: