Balik Penang

Hari Sabtu yang lepas saya, isteri, Umair dan ibu mertuaku balik ke Penang dengan 2 tujuan. Yang pertama, isteri saya nak pergi berurut walaupun dah nak habis pantang. Yang keduanya ialah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Pak Tam pada Sabtu ini. Kami bertolak ke Penang pada jam 6pm dari rumah ibu mertuaku.

Perjalanan kami ke Penang mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk berhenti beberapa kali di R&R Rawang untuk mengisi minyak, di R&R Tapah untuk mengisi perut dan di dua Hentian Sebelah yang saya tidak ingat namanya. Kami sampai di rumah TokTok (Nama paggilan nenek sebelah isteri) sekitar jam 11.45pm.

Semasa sampai di Tol Jawi saya menggunakan Smart Tag, boleh pula kredit di dalamnya tidak cukup. Kredit yang ada ialah RM42.xx, tetapi kekurangan RM0.70. Nasib baiklah jurutol bergegas membantu, terpaksalah saya menambah bayaran yang terkurang. Nasib baiklah tidak banyak kenderaan, kalau tidak malu wooo~..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: