Ezal, Aan dan Aisyah Melawat Umair

Semalam Ezal menghantar SMS hendak datang melawat Umair. Dia dan tunangnya Aisyah akan sampai di LRT Sri Petaling pada petang ini jam 4.30pm – 5pm dan meminta dijemput. Saya menyatakan tanda setuju.

Memandangkan Ezal hendak melawat, saya pelawa Aan yang berada di Sunway untuk datang melawat sekali. Aan dengan pantas membalas tanda setuju. So, kedua-dua Pakcik Umair dari sebelah Papanya akan datang melawat.

Saya datang mengambil mereka sekitar jam 5pm di tempat yang dijanjikan. Sampai di rumah mak mertuaku, Umair sedang tidur dengan nyenyaknya. Aan paling suka sangat tengok Umair.

Apabila diberi peluang untuk dukung Umair, Ezal menolak kerana risaukan Umair yang masih kecil dan lembut. Aisyah dan Aan juga berani mendukung Umair. Tetapi tidak lama kemudian Umair menangis kerana lapar. Sepanjang Ezal, Aan dan Aisyah datang melawat, Umair asyik minum susu mamanya saja.

Sebelum balik sempat jua Aan dan Aisyah menangkap gambar bersama Umair. Ezal pula masih takut-takut, katanya tunggu Umair besar sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: