Hari Yang Sibuk

Pagi-pagi lagi saya dah keluar untuk ke Jabatan Pendaftaran, sebab risau nombor giliran habis seperti semalam. Nasib baik la saya cepat sampai, sempat la saya dapatkan nombor giliran untuk pagi tadi. Tapi alangkah terkejutnya, nombor giliran saya ialah 1057 dan nombor semasa adalah 1006. Ini bermakna ada 51 orang yang sedang menunggu sebelum saya. Jam menunjukkan 8.30am, kalau saya tunggu bermakna tak sarapan la saya. So, saya balik ke pejabat untuk sarapan bersama rakan pejabat Dol dan Sya’hed.

Sarapan pagi tadi ialah Nasi Lemak Kunyit dan Nescafe Tarik. Sambil berbual dan makan masa pun berlalu, jam menunjukkan 9.30am. Risau nombor giliran terlajak, saya pun bergegas pergi semula ke Jabatan Pendaftaran. Apabila saya sampai, nombor semasa ialah 1034. Lama lagi rupanya, kalau saya tahu lambat lagi, jam 10am baru saya datang balik. Bersabar sajalah, kalau tidak nombor terlepas lagi susah.

Pada jam 10.30am barulah tiba giliran nombor saya 1057. Selesai serahan dokumen asal dan salinan untuk dibuat Sijil Kelahiran, saya kena tunggu nama dipanggil untuk serahan Sijil Kelahiran Original. Tunggu pun boleh tahan jugak lamanya, tapi sabar sajalah. Apa yang lama sangat saya pun tak tahu. Lebih kurang jam 11am barulah nama saya dipanggil dan Sijil Kelahiran anak saya Muhammad Umair Darwisy pun telah siap. Kini hanya kena tunggu MyKid yang akan siap dalam masa sebulan.

Selesai satu perkara, saya kena hantar surat MC isteri saya ke pejabatnya di UPM. Memandangkan jam menunjukkan 12.30m, saya jangka pasti tiada sesiapa di pejabat. So, saya balik semula ke pejabat untuk makan tengah hari. Petangnya sekitar jam 3pm saya hantar surat MC, tapi tiada sesiapa di pejabat. Nasib baiklah ada seorang student, so saya kirimkan pesanan untuk diamanahkan kepada Kak Mai (kawan sepejabat isteri saya).

Selepas itu, saya ke kedai ‘susuibu.com’ Bandar Baru Bangi untuk survey Breast Pump untuk isteri saya. Bermacam jenis dan harga, dari yang sederhana hingga ke yang termahal. Produk jenama seperti Medela, Avent, Ameda, Spectra, Mavivac dan ada beberapa jenama yang saya tidak pernah dengar. Saya berkenan dengan jenama Medela Swing kerana ianya portable dan kompak. Serta boleh gunakan bateri sekiranya perlu. Tapi harganya yang tak tahan, Rm799 untuk 1 set tidak termasuk beg dan dry ice. Nama pun survey, so kena la survey tempat lain pula. Saya cuma beli buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya khas untuk isteri saya.

Selesai survey, saya pergi ke Bank Islam untuk bayar kad kredit bagi bulan ini. Kemudian saya balik ke rumah untuk bermain bersama Umair. Sampai di rumah, isteri saya dan Umair nyenyak tidur. Mungkin letih melayan tetamu, sebab saya nampak ada banyak hadiah baru berupa hamper di atas lantai.

Pada malamnya Umair, agak segar kerana puas nyenyak tidur pada siang harinya. Saya gunakan peluang yang ada untuk  tangkap gambar bersama Umair. Inilah gambar terbaik buat masa ini. Umair nampak lebih comel apabila membuka mata. Bak kata orang Jepun, kawaii…

Apabila Umair tidur saya gunakan peluang untuk periksa suhu badannya dengan termometer elektronik yang saya baru beli semalam di Farmasi Watson. Alhamdulillah, suhu badannya normal 36.1ºc.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: