5 Perkara Yang Perlu Dibuat Hari Ini

Memandangkan hari ini jabatan kerajaan dah mula bekerja selepas bercuti Chinese New Year, so hari ini saya ada banyak perkara yang hendak diselesaikan sebelum masuk kerja pada hari Isnin minggu depan.

1. Touch n Go

Kad Touch n Go saya nie rosak walaupun baru dibeli. Entah kenapa rosak saya pun tak tahu. Apabila masuk saja lorong Touch n Go atau SmartTag mesti palang tol tak naik siap bagi error lagi. Tengah hari dah pergi pejabat Touch n Go Tol Sg. Besi, katanya dah Ok, tapi tak test lagi.

2. Kad ATM CIMB

Kad ATM nie rosak sebab terpatah sikit dekat bahagian jalur magnetic. Risau pulak takut sangkut dan tak boleh keluarkan duit. So, ingatkan nak replace kad baru. Sekali pergi kat CIMB cawangan Bandar Tun Razak, rupanya dah pindah ke Taman Connought. Padahal baru jer lalu Taman Connought sebab baru selesaikan Cukai Taksiran di MP Kajang. Terpaksa patah balik, tapi sampai saja di CIMB staff di sana kata kad masih boleh dipakai. Sebab transaksi kad menggunakan cip dan bukannya jalur magnetic. Sekali try Ok la pulak. Penat jer patah balik.

3. Cukai Taksiran MP Kajang

Semalam balik rumah di Semenyih, nampak ada surat dari MP Kajang berkenaan dengan Cukai Taksiran. Alang-alang dah cuti dan nak selesaikan banyak perkara, so saya settlekan la sekali. Senang cerita, taknak tangguh-tagguh. Dah la MP Kajang tue jauh.

4. Jabatan Pendaftaran

Buat Kad MyKid untuk anakku Muhammad Umair Darwisy. Semua dokumen dah lengkap berserta dengan salinannya sekali. Tapi kena buat esok, sebab Nombor Giliran di JPN Cawangan Bandar Tun Razak dah habis. Terpaksa datang sekali lagi.

5. Duplicate Kunci

Buat duplicate kunci rumah mak mertua. Sebab susah la pulak bila balik lewat nanti. Ada la orang yang ‘ter’kunci pintu kayu tue. Terpaksa la nanti kena ketuk pintu kuat-kuat bagai nak roboh. Sebab bukan semua orang dengar.

6. Servis Motor

Dah berapa bulan motor aku nie tak servis. Long distance punya motor kena la tip-top. Tapi apakan daya, kedai motor tempat saya biasa pergi servis masih tutup. Beraya sakan tokey kedai motor nie, “Tak mau bisnes ka tokey”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: