Majlis Bercukur Umair

Ketika kaum Cina di seluruh dunia meraikan Tahun Baru Cina dan sebahagian kaum lain meraikan Hari Valentine, saya pula cuma membuat sedikit majlis untuk anakku Muhammad Umair Darwisy iaitu majlis bercukur.

Pada hari ini ada majlis kenduri doa selamat di rumah baru Pak Anjang. Bapa mertua, Supi dan saya pergi menghadiri majlis tersebut. Majlis dibuat secara sederhana, manakala jemputan pula adalah dari kalangan orang-orang masjid dan tabligh. Bapa mertua saya ada meminta Pak Anjang untuk datang ke rumah untuk mencukur rambut Umair.

Selesai majlis kenduri doa selamat dan diakhiri dengan solat zuhur, 4 orang rakan Zubair (anak Pak Anjang) di kalangan Ustaz muda datang ke rumah mak mertua untuk menjalankan majlis bercukur. Majlis bercukur dibuat dengan mudah dan ringkas tanpa ramai tetamu dan kenduri besar-besaran, kerana itu yang lebih afdal.

Selepas kepala Umair dicukur, mulut Umair ditahnik dengan kurma yang telah dikunyah oleh Ustaz muda. Semoga Umair mendapat keberkatan daripada tahnik tersebut. Umair terus senyap selepas mulutnya ditahnik, sebelum itu Umair asyik menangis sahaja. Macam magic pula Ustaz muda nie.

Selesai sudah majlis bercukur, Umair dimandikan supaya badannya tidak gatal dan terasa miang akibat lebihan rambut yang baru dicukur. Umair nampak lebih comel apabila botak. Kepalanya nampak lebih besar dari sebelum dicukur. Alhamdulillah, syukur KeHadrat Ilahi selesai sudah satu perkara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: