Discharge from Ward

Selepas ditahan selama 3 hari di wad, baru hari ini isteri dan anak saya boleh keluar wad. Bermulalah detik mencabar dalam kehidupanku sebagai seorang bapa. Sampai saja di rumah mak mertuaku, anakku Umair tidak dapat membiasakan diri. Mungkin cuaca agak panas, kerana seperti ada tanda-tanda hendak hujan di sebelah malamnya.

Pada waktu ini, Umair asyik menangis sejak petang. Ada saja yang tak kena, bila diberi susu oleh maknya seperti tidak biasa. Tetapi kalau diberikan botol susu dengan pantas habis susu dalam botol diminum.

Penat ler mamanya nak pam susu masuk dalam botol. Sebab kena guna manual (tangan), nak taknak kena la paksa bagi susu sebab Umair dah lama sangat tak minum susu. Umair asyik meraung sejak petang, ada saja yang tak kena. Mungkin panas, mungkin perut kembung.

Lepas tepuk-tepuk sikit belakang badan Umair, barulah belahak. Keluar la sikit angin dalam perut. Kasihan Umair, lepas tue senyap jer. Rupa-rupanya kalau Umair senyap sambil tengok orang kiri kanan maknanya dia sedang berak. Terpaksa la maknya tukarkan lampin baru.

Masuk malam, Umair lagi tak selesa kerana perutnya kurang selesa ditambah dengan lapar. Terpaksa la bagi botol susu yang diisi dengan air zamzam. Nak tunggu susu maknya diperah entah bila nak penuh botol susu.

Saya bercadang hendak hantar Umair berjumpa doktor, malangnya klinik panel mamanya dah tutup. Bila di dalam kereta, Umair senyap sambil tidur dalam keadaan memeluk di atas bahu mamanya. Macam tue pun boleh tidur.

Memandangkan saya dah takder pakaian lain, saya pun pergilah balik rumah di Semenyih untuk mengambil beberapa baju untuk kegunaan harian kerana pakaian yang ada hanya untuk pakaian kerja. Sepanjang perjalanan ke Semenyih, Umair senyap dan tidur dengan lena.

Selepas mengambil pakaian dan siram pokok bunga yang dah hampir layu barulah saya balik semula ke Taman Equine. Apabila sampai di rumah Equine, Umair mula menangis semula. Tiba-tiba Umair senyap seketika dan pandang papanya seperti hendak memberitahu sesuatu. Rupanya Umair sedang berak.

Terpaksa la papanya tukarkan lampin baru untuknya. Selepas itu Umair menangis lagi. Selepas itu saya slowkan air-con di dalam bilik dan selimutkan Umair. Barulah Umair senyap dan boleh tidur, rupanya dikesejukan dan bukan panas. Papa minta maaf yer Umair, papa tak tau.

Selepas Umair berehat seketika, Umair mula bising semula. Rupanya Umair berak lagi, terpaksa la papanya tukarkan lampin buat kali kedua sekali lagi. Selepas tukar pakaian baru, barulah Umair senyap dan boleh tidur semula.

Jam sudah menunjukkan 5.30am dan saya berjaga sepanjang malam kerana Umair. Takper la Umair, papa rela sebab papa sayangkan Umair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: