Anak Sulong Dalam Keluargaku

Alhamdulillah syukur KeHadrat Ilahi, pada jam 2.10am isteri saya Nur Mahiza Md Isa telah selamat melahirkan anak lelaki. Anakku yang sulong ini diberi nama Muhammad Umair Darwisy yang bermakna ‘Maju’ ‘Yang Warak ‘. Nama ‘Umair’ dipilih oleh isteriku manakala ‘Darwisy’ dipilih olehku. Bagi melengkapkan nama penuh, saya meletakkan ‘Muhammad’ sempena nama junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Singkatan nama manja anakku, kami panggil ‘Umair’ sahaja. Berat semasa dilahirkan adalah 3.09kg. Umair mula membuka matanya pada jam 3.35am. Sambil melihat ibu dan ayahnya beberapa kali kemudian tidur. Seperti biasa, Umair kerap menangis sekali-sekala. Sekitar jam 3.40am Umair terbersin buat pertama kalinya. Excited punya pasal, semua aktiviti Umair aku catatkan.

Selepas Umair dilahirkan saya Azan ke telinga kanannya dan Iqamat ke telinga kirinya. Setelah keluar dari Labour Room, isteri saya ditukarkan ke Wad Nilam. Di sana saya berikan Umair sedikit madu ke mulutnya. Pada mulanya saya hendak berikan kurma, tetapi risau Umair tidak dapat mengemam kurma yang pejal. Maka madu dalam bentuk cecair menjadi pilihan.

Agak sukar untuk diberikan madu walaupun saya menggunakan jari kelingking kerana mulut Umair yang agak kecil. Umair sentiasa tidur sahaja, walaupun sudah dicuba berikan susu ibu. Mungkin Umair masih belum pandai hisap susu ibunya.

Berbanding dengan bayi yang lain, Umair kelihatan agak kecil berbanding dengan bayi yang sama wad dengannya. Umair sentiasa senyap dan asyik tidur, risau juga kerana dia tidak mahu menyusu emaknya.

Pada jam 4am saya terpaksa keluar kerana jururawat tidak membenarkan penjaga mahupun suami pesakit berada di dalam wad. Saya tidur di pejabat sementara menunggu mak mertua saya sampai.

1 Comment (+add yours?)

  1. eB
    Feb 09, 2010 @ 15:51:08

    Congratulations!!! akhirnya aku dah jadi pakcik! yeay

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: