Mengecat Rumah dengan Jotun

Pada hari ini cuaca agak cerah dan baik, sangat sesuai untuk mengecat rumah. Cat yang saya pesan dari kawan saya telah pun sampai. Jadi dengan masa yang terluang, saya mengecat rumah di bahagian hadapan. Saya menggunakan cat Jotun Jotashield Extreme kod warna Platinum 9911. Warna kelihatan agak putih tetapi apabila dicat ianya menjadi kelabu.

Idea mengecat rumah ini disuarakan oleh isteri saya kerana hendak menukar citarasa dan mendapat mood baru. Warnanya juga dipilih oleh isteri saya. Setelah menyediakan peralatan mengecat, saya mula menuang cat ke dalam bekas dan membuat satu lapisan pertama kesemua dinding. Setelah kesemua dinding dicat, saya berehat sebentar untuk menunggu lapisan pertama kering.

Sementara menunggu cat kering, saya dan isteri makan di Food Court, Tesco Semenyih. Saya memesan Sizling Yee Mee dan isteri saya memesan Thailand Chicken Hotplate. Buat pertama kalinya, menu makanan isteri saya begitu sedap. Walaupun orang yang masak itu Orang Bangladesh. Selesai makan, saya dan isteri membeli barang di Tesco dan terus balik.

Oleh kerana agak penat, saya tidur sebentar untuk berehat kerana akan sambung mengecat buat lapisan kedua. Selepas bangun saya meneruskan cat rumah untuk lapisan kedua. Setelah mengecat sehingga keseluruh bahagian, didapati cat yang ada tidak mencukupi, mungkin terpaksa tambah satu atau dua liter lagi.

Walau bagaimanapun, saya hanya mengecat tempat yang mudah dilihat terlebih dahulu berbanding tempat yang terselindung. Ini kerana hari sudah masuk malam, saya bercadang hendak beli cat keesokan harinya untuk menyambung semula projek yang tergendala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: