Majlis Perkahwinan NurMardhati dan Afiq

Semalam, pada tanggal 30 Januari 2010 adalah tarikh keramat bagi kedua pasangan pengantin iaitu NurMardhati dan Afiq. Sekitar jam 9.30pm rombongan pengantin lelaki sampai ke rumah pengantin perempuan diiringi dengan dulang hantaran.

Hanya dengan sekali lafaz akad nikah, maka NurMardhati telah sah menjadi isteri kepada Afiq. Maka bertambah lagi seorang menantu dalam keluarga Haji Md Isa dan Puan Rohani.

Pada hari ini, majlis bersanding dibuat di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Walaupun kedatangan tetamu agak kurang memuaskan, majlis berjalan dengan lancar. Cuma terdapat beberapa isu yang menjadi buah mulut pihak lelaki dan juga pihak perempuan.

Tugas saya membantu perkara yang berkaitan dengan Lighting dan Sound System. Manakala isteri saya, membantu PA. Dia tidak boleh buat kerja berat sangat, kerana sedang sarat mengandung. Pencahayaan di pentas pelamin agak kurang memuaskan pada awal majlis kerana controller yang mengawal lampu rosak. Hanya selepas masuk jam 3pm, barulah cahaya dari atas bumbung masuk ke dalam dewan menerangi pentas.

Saya hanya boleh makan selepas majlis hampir selesai. Apa boleh buat, kita sebagai host tuan rumah kena la buat kerja. Akan datang di pihak lelaki juga akan buat perkara yang sama. Selepas majlis selesai, barulah dibuat sesi bergambar bersama keluarga. Tidak banyak gambar yang saya dapat snap, kerana banyak masa di dalam Control Room.

Saya pula baru hendak makan, selesai saja makan saya agak terkejut kerana gelas yang saya pakai itu retak. Nasib baik la, saya minum di hujung yang tidak retak. Agak merbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan. Awal-awal lagi saya letak bad rating pada katering ini.

Selepas majlis selesai, kami semua balik ke rumah mak mertua saya. Di sana barulah saya dengar berbagai-bagai cerita yang kurang enak di dengar. Bermula dengan katering, pembahagian tugas di pihak keluarga perempuan dan ketidakpuasan keluarga pihak lelaki.

Isunya bermula apabila pihak katering tidak menyediakan meja VIP yang mencukupi. Pada waktu itu bermulalah kisah keluarga pihak lelaki tidak mendapat tempat duduk. Dari situ, maka bersangkut-paut kepada keluarga pihak perempuan yang tidak menjaga tetamu VIP.

Maka bermulalah perbincangan hangat di rumah mak mertuaku. Masing-masing tidak mengaku salah dengan memberi alasan masing-masing. Pada saya, apa yang lepas kita jadikan iktibar supaya perkara seperti ini tidak berulang di kemudian hari. Saya pula tidak rasa bersalah dalam hal ini kerana saya telah menjalankan tugas sebaik mungkin.

Majlis perkahwinan ini nampak meriah dan gembira dari segi luaran akan tetapi ianya secara tidak langsung menjadi buah mulut dan ketidakpuasan di pihak keluarga lelaki. Harap-harap perkara seperti ini tidak berlaku semasa rombongan keluarga pihak perempuan berkunjung ke tempat pihak lelaki. Kalau tidak, pasti ada hati yang terguris.

Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan ini berjalan dengan lancar. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: