Selamat Tinggal Tahun 2009

Hari ini genap setahun saya mem’blog’kan diri. Banyak suka duka yang tertulis dan juga tersirat sepanjang tahun 2009. Sebahagian dari kisah hidup saya abadikan di dalam blog ini. Hanya sebahagian sahaja, ini adalah disebabkan kekangan masa dan kesibukan yang melanda dan beberapa perkara yang perlu dirahsiakan demi menjaga hati orang-orang tertentu.

Pada ketika ini, dikala orang ramai bersuka ria di Putrajaya, Dataran Merdeka dan beberapa tempat tumpuan orang ramai sempena menyambut Tahun Baru 2010. Saya dan isteri hanya duduk di rumah sambil menonton televisyen. Saya tidak dapat pergi keluar malam kerana isteri saya kini sedang sarat mengandung. Hanya menunggu masa, risau sekiranya tarikh yang dijangka lebih awal dari yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama, saya terpaksa standby sekiranya berlaku apa-apa pada server di pejabat. Handset terpaksa ON sentiasa dan pastikan bateri sentiasa penuh. Kesihatan pada ketika ini agak kurang memuaskan, sakit tekak seperti tanda-tanda hendak demam. Sebelum terkena demam, cepat-cepat makan paracetamol dan banyakkan minum air suam. Harap-harap sempena tahun baru 2010, kesihatan saya akan bertambah baik.

Ramai orang selalu bercakap mengenai azam baru sempena tahun baru. Saya pula berazam untuk melaksanakan azam yang tidak terlaksana pada tahun lepas. Azam tahun lepas pula adalah untuk melaksanakan azam yang tidak terlaksana pada 2 tahun lepas. Bila difikir seperti tiada kesudahan, bila difikir sekali lagi saya sendiri tidak ingat azam sebelum itu, mungkin disebabkan tidak terlaksana. Maka pada tahun 2010, saya memulakan azam baru yang lebih jelas.

Azam saya pada tahun 2010 ialah memberi komitmen sepenuhnya pada kerja dan menjadi seorang ayah yang baik buat anak yang bakal lahir. Beberapa perkara lain juga difikirkan, azam yang sesuai. Selepas fikir beberapa kali, inilah azam yang bersesuaian pada tahun depan. Pada tahun depan jugalah saya bakal bergelar bapa dan pada tahun depan jugalah beban kerja yang bakal dipikul semakin bertambah.

Semoga tahun 2010 menjadi lebih bermakna buat saya dan sekeluarga. Insya-allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: