Berjaga Malam

Nama saja berjaga malam, tapi bukan sebab tak tidur. Ini sebab dah masuk kali kedua saya berjaga malam di Taman Pelangi Semenyih bagi Fasa 6. Malam tadi adalah giliran saya bertugas. Awal-awal lagi saya dah tidur dari jam 10pm dan bangun jam 1am. Cukup 3 jam rehat, saya keluar berjaga dengan jiran sekitar yang bertugas malam semalam.

Saya, En. Jailaini, En. Awaludin, En. A. Rahman berjaga seperti biasa pada malam tadi. Kami berjaga mula dari jam 1.30am sehingga jam 5am. Pada jam 1.30am kami mula buat rondaan sekitar lorong TPS 4/12 dan lorong TPS 4/11. Semasa meronda di lorong TPS 4/11 kami nampak ada kereta berhenti di sebuah rumah kosong. Rupanya ada sebuah keluarga berpindah masuk. Mereka pindah barang masuk secara berperingkat.

Selesai saja buat rondaan, datang lagi beberapa jiran lain untuk menemankan kami berjaga. Sambil borak kosong, ada yang bemain daun terup. Saya tengokkan saja gelagat mereka, sebab saya lebih suka jadi pemerhati. Sekitar jam 2.30am saya dan En. Jailaini pergi buat rondaan dengan menaiki motorsikal. Takder la penat sangat kalau naik motor, tapi rondaan pun jadi lebih jauh sehingga masuk perumahan Fasa 7.

Ada la pulak sebuah Kancil berwarna Merah tak tutup pintu rapat di rumah bernombor 62A. Masuk dalam laporan la jawabnya. Sekitar jam 4.30am adalah rondaan terakhir, tetapi kali ini ada motorsikal yang mencurigakan masuk ke lorong belakang. Dua buah motorsikal pergi membuat tinjauan untuk menyiasat, akan tetapi tak semena-mena motorsikal tersebut beredar dari situ.

Masuk jam 5am, kami semua balik ke rumah masing-masing. Penatnya berjaga, sampai saya terbawa-bawa ke pejabat. Walaupun penat, tapi seronok. Pengalaman macam nie bukan selalu ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: