Rukun Tetangga TPS 4/12

Malam tadi adalah malam pertama saya menyertai secara sukarela rukun tetangga yang dibuat oleh penduduk Taman Pelangi Semenyih bagi lorong TPS 4/12. Petang sebelum itu, saya dijemput oleh Encik Mohd Noor untuk menyertai berkawal sekitar taman perumahan. Ini kerana terdapat kecurian kasut dan pecah rumah yang berlaku pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Atas dasar prihatin dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan sesama jiran saya menyertai secara sukarela program tersebut. Pada malam tersebut saya, Encik Mohd Noor, Encik Roslan dan (saper tah lagi sorang tak ingat nama) membuat rondaan sekitar taman perumahan bagi lorong TPS 4/12, lorong TPS 4/11 dan lorong TPS 4/13. Kami membuat rondaan berkala bermula jam 1am hingga 5am.

Nasib baik la petang sebelum tue saya sempat tidur sekejap, jadi takder la mengantuk sangat. Kami membuat rondaan pada jam 2am, 3.30am dan 4.30am. Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan dibuat. Harap-harap keamanan di Taman Pelangi Semenyih dapat dipelihara. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: