My 2nd Day in Labuan

Hari ini adalah hari Jumaat dan juga Hari Raya Aidiladha. Pagi-pagi lagi saya dan adik-beradik bangun untuk pergi Solat Raya Aidiladha di Masjid Layang-layangan. Terasa seperti kejutan waktu, kerana masa di Labuan lebih awal.

Balik dari solat raya, kami menjamu selera makanan yang dimasak oleh mak dan juga isteri saya. Menu utama di hari raya, seperti biasa ialah nasi himpit, kuah kacang dan lodeh. Fuhh lazat.. Tetamu yang pertama sampai ialah kakak Elaine (tak tau spelling yg betul). Dia bersama familynya sampai lebih kurang jam 11am lebih.

Tengah harinya, lebih kurang jam 12.30pm saya, abah dan adik yang lain pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Balik dari solat Jumaat, saya makan tengah hari makanan yang dimasak oleh isteri saya. Ayam masak merah dan Daging menjadi menu tengah hari ini.

Di waktu petang saya keluar bersama wife. Kami mengunjungi rumah lama yang pernah family wife saya diami dahulu. Kemudian kami pergi ke Kompleks Sukan Air Labuan. Seperti dahulu, tidak begitu banyak perubahan yang ketara selain traffic jammed.

Kemudian kami pergi ke Taman Damai untuk menangkap gambar Sunset. Tapi mungkin tiada rezeki untuk hari ini. Sebab matahari terbenam disebalik awan. Kena cuba lagi esok. Masih ada 3 hari lagi.

Pada malam harinya, saya bersama isteri dan adik Hadri pergi makan di Medan Selera. Isteri saya teringin hendak makan Sayap Ayam Panggang. Menu ini kira famous di Labuan. Selepas makan dan minum sambil berbual-bual, terlupa masa telah lama berlalu. Jam sudah menunjukkan 12am. Kami pun balik ke rumah selepas itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: