Eed

Eed ertinya kembali atau pulang. Eedul fitri ertinya kembali kepada fitrah. Fitrah manusia adalah suci atau tidak berdosa. Jadi, selepas menyambut eedul-fitri, umat Islam sepatutnya menjadi suci daripada dosa.

Apabila suci, mereka lebih mudah taat kepada Allah dan lebih suka melakukan ibadat. Ini antara tanda seseorang itu berjaya mencapai fitrah atau tidak daripada puasa Ramadhannya atau sekadar lapar dan dahaga.

Berbahagialah orang yang berjaya mencapai fitrahnya seusai Ramadhan yang lalu. Yang gagal, ada pilihan lain untuk mereka seperti haji dan umrah.

70 hari selepas eedul-fitri kita ada satu lagi perayaan, bahkan lebih besar iaitu Eedul Adh-ha atau Hari Raya Qorban. Apa erti qorban? Qorban ertinya mendekatkan diri kepada Allah. Ini satu lagi peluang, iaitu dengan melakukan qorban berupa sembelihan binatang sebagai simbol ketaatan kepada Allah sehingga sanggup berqorban perasaan, masa, harta dan nyawa.

Nabi Ibrahim telah membuktikan beliau sanggup mengorbankan nyawa anaknya demi taat kepada perintah Allah.

Raya kepada sesetengah orang ialah bersuka ria habis-habisan, makan minum, mercun, bunga api dan baju baru. Paling teruk yang mabuk arak sampai kepagi, berfoya dengan kawan perempuan dan gaduh pada malam raya. Ada yang merompak kerana nak raya. Padahal raya mereka berasaskan agama. Lainlah dengan festival dan pesta. Mungkin mereka sesat atau agama mereka sesat. Raya sepatutnya ialah penyataan syukur kepada Allah atas nikmat Ramadhan. Pernyataan syukur itu sepatutnya dengan cara solat, tasbih, tahmid dan takbih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: