Canon PhotoMarathon Malaysia 2009

Sabtu yang lepas, 10 Oktober 2009 adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana pertandingan PhotoMarathon anjuran Canon telah pun tiba. Entah macam mana aku tidur lewat pada malam sebelumnya, hampir 2am baru dapat tidur. Pada hari pertandingan saya terlewat bangun, sekitar jam 6.50am baru terjaga. Sedangkan masa untuk daftarkan diri adalah jam 7am.

Nasib baiklah terjaga, itu pun kerana ada orang yang tersalah telefon pagi-pagi buta. Terkejut bukan kepalang, terus bangun dan bergegeas mandi dan terus ke office untuk regroup dengan seorang lagi member yang setia menunggu. lebih kurang jam 7.50am barulah aku sampai ke pejabat. Sampai sahaja kami terus bertolak ke Sunway Lagoon. Semasa on the way ke Sunway Lagoon boleh pulak salah masuk jalan. Adoi..

Sampai sahaja di sekitar Sunway, kami tercari-cari pintu masuk Elephant Walk. Signboard untuk ke lokasi tiada dan sangat kurang. Melilau cari pusing keliling, dah la parking jauh. Akhirnya sampai juga, walaupun lewat tapi pendaftaran kami masih diterima. Belum pun photomarathon bermula kami dah penat macam separuh hari berjalan. Dah la tak breakfast lagi.

Selepas pendaftaran kami diberikan baju T dan cap serta panduan semasa pertandingan. Selepas mendengar penerangan yang diberikan oleh pihak penganjur, semua photographer dilepaskan pada jam 10am lebih. Semua peserta mula keluar untuk mengambil gambar.

Dalam kesibukan menangkap gambar, aku serta rakan-rakan yang lain sedang fikir subjek yang sesuai dengan tema yang diberi. Pihak penganjur memberi beberapa tema yang sesuai dengan keadaan di Sunway Lagoon.

Tema 1 : Splash!

Tema 2 : Red

Tema 3 : Shooting in action

Itulah ketiga-tiga tema yang diberikan dan kami mencari objek yang boleh dikatakan sesuai dan menarik. Kebetulan juga semua peserta memakai baju Canon yang berwarna merah. Tapi nampak gaya macam ramai sangat orang snap gambar macam nie. So, terpaksa la cari idea lain.

Setelah beberapa jam menangkap gambar, perut terasa lapar. Makanan yang boleh dimakan juga mahal harganya. Mahu ataupun tak, tepaksa la beli. Sekitar jam 4pm, masa yang diberika pun telah tamat. Aku bergegeas memuat naik gambar ke PC yang disediakan.

Photographer Professional dijemput untuk memberi sedikit sebanyak pengalaman dan hasil kerja masing-masing. Di antaranya ialah Encik Zainal Abdullah Halim, beliau adalah photographer dari Reuters. Mr. Zung dari The Photoz, beliau adalah Wedding Photographer, menangkap pasangan kahwin diserata dunia mahupun Iceland.

Terdapat juga intro produk baru seperti Canon EOS 7D, fungsi dan performance yang ada pada kamera baru memang superb. Terasa ghairahnya, tapi harganya saja yang tidak mengghairahkan. Maybe untuk akan datang ada lagi model baru yang lebih bagus dari Canon EOS 7D.

Sambil tunggu result, kami pergi melepak di tepi tasik Sunway Lagoon. Kami snap gambar dengan bermacam-macam gaya, test power speedlite dengan 3 kombinasi. Akhirnya result hampir keluar, tetapi tak jugak keluar-keluar. Atas sebab teknikal, judges nak pilih gambar yang betul-betul layak dan menarik.

Selepas jam 9.30am, sambil host pengacara di pentas buat beberapa preview gambar yang bakal menang. Ada pengumuman mengatakan, para hakim terpaksa extend masa 2 jam untuk mengumumkan result. Ramai yang tidak berpuas hati kerana sudah lewat dan penat. Maka ramai yang balik, nasib baik Canon ada memberi saguhati yang bakal dihantar kepada pemenang. Tapi sampai sekarang aku tak terima apa-apa daripada Canon. Apa la..

Keesokannya, result keluar dan memang peserta yang menang tue layak menerimanya. Gambar yang ditangkap memang lawa. So, next year aku akan lebih bersemangat untuk masuk Canon PhotoMarathon 2010.

2 Comments (+add yours?)

  1. maziati
    Oct 13, 2009 @ 11:05:37

    Semoga berjaya bro – eby

    Reply

  2. eby
    Oct 25, 2009 @ 23:28:56

    Theme 1: klu bole ambil yg org luncur dr atas tu fuh gerenti masyuk
    Theme 2: nice suda tue tapi ambil la gmbr org
    Theme 3: wah main zoom2 ah harharhar ambil gmbr org lompat ka apa ka action then blur kn shutter speed mest nice tu

    lol juz my 2 cent -.-

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: