Kamera Baru Canon EOS 500D

Dua hari yang lepas, saya baru sahaja beli kamera DSLR yang baru. Brand Canon menjadi pilihan setelah ditimbang-tara dengan model Nikon. Maka Canon EOS 500D berserta kit-lens 18-55 IS, menjadi pilihan. Puas pusing kedai kamera di LowYat Plaza, Sg Wang Plaza. Akhirnya kedai Foto Selangor di Pertama Kompleks menjadi pilihan.

Setelah membelek-belek model 500D ini, saya memulakan aksi tawar-menawar. Bermula dengan harga RM3300.00 tanpa tripod. Saya minta diskaun sehingga RM3100.00 termasuk dengan tripod. Sound reasonable, mungkin boleh dapat murah lagi, tapi pada aku dah Ok harga tue. Tanpa banyak cerita aku bayar cash.

Uncle Ng yang entertain aku semasa beli kamera ini memang friendly orangnya. Seboleh-bolehnya dia berikan the best apa yang aku rasa kurang puas. Next time kalo aku nak beli kamera Full Frame, mungkin aku akan datang ke sini lagi. Business Card bertukar tangan, semua urusan jual beli tamat.

Balik saja ke pejabat aku test kamera baru ini. Kualiti gambar hampir menyamai EOS 50D aku. Tapi yang lebih menarik aku paling suka test fungsi video HD yang ada pada kamera ini. Pada mulanya aku gunakan setting 720, namun gambar yang terhasil tidak begitu lancar, mungkin kerana kad memori SDHC ini sangat slow. Cuma 6Mb/s sahaja.

Kemudian aku mencuba setting paling rendah iaitu 640. Baru lah gambar yang terhasil begitu lancar sekali, kualiti gambar dan audio juga cukup jelas. Senang cerita memang puas hati. Rasanya kalau guna memori SDHC yang lebih laju, mesti aku boleh guna setting video HD pada tahap optima Full HD 1080p.

Walau bagaimanapun, kamera ini aku terpaksa serahkan pada abah untuk diserahkan pada adikku di Labuan. Ini kerana kamera ini aku belikan untuk adik. Nampak gaya minatnya dalam fotografi mula berkembang setelah membelek-belek kamera aku. Memang aku beri galakan padanya untuk memulakan hobi baru ini. At least kalau aku balik Labuan, takder la aku snap gambar sorang-sorang. Ada la teman.

2 Comments (+add yours?)

  1. haris
    Aug 19, 2010 @ 11:54:39

    nk ty.. still simpan lg x name kad uncle tu? saya nk jual kamera dslr eos400d la..
    mm..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: