Shopping di Ikea, Damansara

Setelah selesai majlis pertunangan Pak Tam, kami membawa haluan masing-masing. Aku berserta wife,  sepupu-sepupu, makcik Joyah, adik ipar dan Afiq pergi ke Ikea untuk melihat barang perabot di sana. Aku pernah pergi ke Ikea sebelum ini, dan ini adalah kali ke-4 aku sampai ke sini.

Semasa di Ikea, mata wife saya memang rambang. Semuanya nampak menarik di mata. Aku pulak rasa risau, duit bukan banyak pun. Setelah berjalan ke bahagian perabot, wife saya tertarik dengan penggantung gambar yang panjang. Macam mana pujuk pun dia nak jugak, terpaksa la mengalah. Aku belikan, bukan nak satu tapi dua. Adoi, belikan la jugak dua.

Selepas itu kami pergi ke bahagian lampu hiasan. Wife saya tertarik dengan lampu gantung ala-ala payung gitu. Lampu itu pun dia nak jugak sangat-sangat, tapi nasib baiklah out of stock. Selamat duit poket aku. Kemudian ke bahagian dapur, aku berminat untuk membeli set sudu dan garfu memandangkan sudu dan garfu di rumah agak menyedihkan keadaannya. Semua sekali RM261.05, mana la datang 5 sen nie. Aku pu tak faham.

Setelah selesai membeli barang kami di tunggu oleh makcik Joyah, kerana dia lagi awal beli barang. Setelah selesai semuanya, kami menyimpan barang di dalam kereta yang agak sendat. Ini kerana barang makcik Joyah juga banyak, barangnya saja sampai RM500 lebih. Wow..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: