Pak Tam Bertunang

Pak Tam adalah salah seorang adik kepada ibu mertuaku. Dialah satu-satunya pakcik yang masih belum kahwin. Aku sebagai anak buahnya juga kahwin lebih awal. Bak kata pepatah, jodoh dan ajal di tangan Tuhan. Akhirnya setelah sekian lama, Pak Tam melangkah sebelah kaki ke hadapan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Majlis pertunangan diadakan di Kapar, Klang. Rombongan kami seramai 4 buah kereta dan sebuah motor. Pak Tam yang sepatutnya menjadi guide dalam robongan ini terpaksa melayan karenah perut yang memulas. Kami terpaksa jalan dahulu, sambil-sambil bertanyakan orang di kawasan tersebut.

Sampai di sana, kami disambut oleh keluarga pihak perempuan dengan adat tempatan. Di mana, Pak Tam tidak dibenarkan berada di rumah pihak perempuan semasa majlis berlangsung. Maka, Pak Tam terpaksa la merayau-rayau di sekitar kampung sambil menunggu majlis pertunangan selesai.

Hantaran RM10,000 yang diminta oleh pihak perempuan agak berat untuk dipersetujui oleh pihak lelaki. Maka ‘diskaun’ dipohon oleh Tok Tok kerana Pak Tam tidak mempunyai pendapatan tetap. Maka RM9,000 adalah jumlah yang dipersetujui setelah perbincangan yang panjang lebar.

Setelah selesai majlis pertunangan, Pak Tam pun dijemput datang untuk makan bersama. Adik-beradik ibu mertuaku memang banyak mulut dan macam-macam cerita ‘Hangat’ yang diperkatakan. Walau bagaimanapun, pada aku perkara seperti ini adalah lumrah. Semasa aku bertunang dulu pun, ada perkara yang lebih dahsyat daripada ini. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: