Adik Hafizal Bertunang

Hafizal adik saya yang 1st sekali selepas saya, bertunang dengan girfriendnya Aisyah anak kelahiran Perak. Majlis dibuat secara sederhana sambil-sambil datang beraya. Pada Hari Raya ke-5 kami menghantar rombongan ke Gunung Semanggol untuk menyunting bunga di taman. Heheh..

Rumah Aisyah agak jauh ke dalam bendang. Kiri kanan depan belakang memang nampak bendang jer. Cuaca pada hari itu agak panas lagi terik, ditambah pula dengan keadaan aku yang kurang minum air. Nampak gaya memang boleh demam aku dibuatnya. Setelah selesai majlis menyarungkan cincin dan bertukar hantaran. Kami bergambar bersama Aisyah dan juga adik saya Hafizal tidak melepaskan peluang yang ada.

Adik saya Hafizal duduk diam macam tak happy, sementara tunangnya Aisyah senyum bukan main panjang. Tanda gembira yang tak terkata. Mungkin pelan asal yang sepatutnya berlangsung agak awal terpaksa dilewatkan disebabkan perjalanan yang agak jauh dan rombongan kami banyak berhenti.

Selesai saja majlis bertunang kami beredar dan pergi menginap di Bukit Merah Laketown Resort. Sampai di sana aku terus baring di atas katil dan terus demam panas. Terpaksa la isteriku mengurut kaki yang agak kebas dan sengal-sengal badan. Malam sikit barulah rasa panas hilang cuma belum kebah sepenuhnya.

Moral of the story, minum air banyak-banyak supaya tak dehydrated. Lagipun malam sebelum aku tak cukup tidur. Mungkin la kot. Thanx to adik Hafizal sebab berikan Panadol malam tue, and also the accommodation yang cukup selesa.

2 Comments (+add yours?)

  1. Mohd Hafizal
    Oct 06, 2009 @ 17:58:26

    Tertinggal ayat, Adik Hafizal bagi ubat Panadol dan accomodation.

    Reply

  2. Mohd Hafizal
    Oct 07, 2009 @ 11:09:00

    So, nda perlu la upah tangkap gambar. Hehehe.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: