Proton Wira Buat Hal

Selepas satu hal, satu lagi hal berlaku. Kereta Wira ku buat hal pulak. Tapi ini adalah disebabkan aku terlupa buat sekali lagi. Kali ini aku terlupa Off kan suis lampu kereta. Aku cuma sedar apabila aku mahu balik ke rumah setelah selesai kerja seharian di pejabat.

Langsung tiada tanda-tanda ingnite pada kereta. Ini bermakna kereta ku memang langsung tiada kuasa bateri. Buat sekian kalinya aku menelefon Dol my best friend untuk memohon bantuan. Malangnya kabel jumper yang sepatutnya ada di dalam keretanya berada di dalam kereta adiknya. Adoi, apa la malang nasib hari nie. Dol menyarankan supaya aku menghubungi Aziz, kerana dia saja yang ada kabel jumper.

Aku menghubungi Aziz, nasib baik dia ada di rumah dan mempunyai kabel jumper. Akhirnya Aziz datang dengan kadar segera dan membantu membuat jump start. Selepas beberapa minit cas, aku cuba untuk menghidupkan enjin. Akhirnya berjaya. Terima kasih Aziz, you are my savier. Heheh..

Sejak dua tiga hari nie macam-macam telah berlaku. Mula-mula tertinggal kunci motor, lepas tue kunci kereta, sekarang bateri kereta, esok lusa tak tau apa akan jadi. Aku pasrah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: