Kunci Tertinggal di dalam Kereta

Lupa adalah perkara yang selalu terjadi pada semua orang. Bezanya adalah sama ada ianya menyebabkan kerugian atau keuntungan. Tapi dalam situasi aku lupa memang melibatkan kerugian. Hendak dijadikan cerita saya pergi ke LowYat Plaza untuk membeli laptop untuk kawan adik ipar saya. So saya pergi ke Sri Petaling dimana adik ipar saya berada dengan menaiki motor Honda Wave saya.

Pada tengah hari tue saya dah berjanji untuk lunch bersama isteri di Serdang. So, saya dan adik ipar pergi la makan di sana. Selepas makan saya dan adik ipar meminjam kereta Satria isteri saya untuk ke LowYat Plaza dengan tujuan membeli laptop. Selepas membeli laptop kami pun balik dan singgah di Sri Petaling untuk menghantar adik ipar saya. Selepas itu saya ke Serdang untuk menyerahkan kereta Satria isteri dan mengambil motor.

Malang tidak berbau, saya terlupa yang kunci motor ada pada adik ipar saya. Kerana semasa datang ke Serdang dia yang bawa motor. So, motor terpaksa la tersadai di UPM. Fikir punya fikir esok kena pergi kerja, ambil la kereta Wira di Taman Equine. Alang-alang kami berada di Equine, kami bercadang untuk membeli barang dapur di pasar borong baru. Dengan tujuan boleh la beli barang murah sikit.

Setelah beli barang yang sikit punya banyak, saya pergi hantar barang ke kereta sambil isteri saya beli ubi kentang. Di sini la bermulanya satu lagi drama, dimana saya tertinggal kunci di dalam kereta semasa menyimpan barang. Apabila isteri saya dapat tahu, marahnya bukan kepalang. Mana taknya, kunci boleh berada di dalam kereta. Saya pun fikir balik macam mana boleh berada di dalam kereta. Merasa jugak la, ‘makan’ Payung Isteri

Nak taknak kena la minta tolong, orang yang terdekat ialah Dol my best friend. Sebab dia pun tinggal kat belakang pasar borong. Saya menelefon dia dan mintak tolong untuk mencari Tukang Kunci untuk membuka pintu kereta. Akhirnya Dol jumpa juga kedai kunci yang masih buka dan sanggup datang. Semetara itu, mak mertua saya datang dan isteri saya dapat la berehat di dalam kereta setelah lama berdiri.

Selepas tukang kunci tersebut datang, Dol pun balik bersama isteri dan anaknya. Tukang kunci menjalankan kerjanya. Dengan hanya menggunakan 3 alat, pintu yang terkunci dapat dibuka kurang dari 10 saat. Memang cekap, live saya tengok dengan mata kepala saya sendiri. Cas perkhidmatan hanya RM70, dengan kerja kurang dari 10 saat tukang kunci mendapat pendapat RM70. Begitu senang sekali, alangkah bagusnya kalau aku ada kepakaran seperti itu.

Selepas itu, saya hantar tukang kunci ke kedainya semula dan balik ke rumah mak mertua untuk mengambil isteri saya semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: