Hari Raya Aidilfitri 2009

1 Syawal menjelang tiba, maka Aidilfitri disambut oleh seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia. Bagiku, Aidilfitri pada kali ini disambut dengan meriah biarpun agak sederhana. Pada tahun ini adalah turn aku beraya di kampung halamanku. Oleh kerana turn sebelah isteri telah dibuat pada tahun lepas.

Saya dan isteri bertolak balik ke kampung sehari sebelum raya. Kami bertolak agak awal sekitar tengah hari, namun sampai agak lewat kerana kami keluar Tol Simpang Ampat untuk terus ke Muar. Kononnya nak jimat duit Tol, tapi dengan masa dan minyak yang dibazirkan agak kurang berbaloi kerana kami melalui bandar Melaka yang agak sesak pada ketika itu. Kalau tahu dari awal kami patut terus keluar Tol Tangkak. Isteri saya dah mula membebel, sabar jer la. Kita hanya merancang, mana la tahu jadi begitu.

Dipagi Raya, saya dan adik-beradik keluar awal sekitar jam 7.45am untuk bersolat Hari Raya di Masjid. Selepas solat Hari Raya, kami balik ke rumah dan semua adik-beradik, pakcik makcik, sepupu sepapat berkumpul di rumah nenek. Kami bertahlil dan sedekahkan doa buat arwah Datuk Hamzah yang telah meninggal dan juga keluarga yang lain.

Selepas itu kami mula makan Lontong dan Lodeh, tidak ketinggalan juga lemang dan rendang daging. Sepanjang hari kami makan Lontong dan Ketupat Nasi bersama Lodeh. Isteri saya pula seperti ada sedikit kejutan kerana tidak berapa biasa makan Lontong. Dia hanya makan Lemang dan Rendang. Malam tue jugak isteri saya masak nasi, sebab tak lalu makan Ketupat Nasi dan Lontong. Rupanya bukan isteri saya saja yang tidak biasa makan Lontong dan Ketupat Nasi, Cik Aim dan Cik Awie juga hendak makan nasi.

Pada Raya kedua, saya dan isteri pergi keluar Muar dan makan Mee Bandung Muar yang paling fames. Raya kedua pun kedai masih buka, panjang betul orang beratur. Nasib baik la ada meja kosong takder la kena beratur panjang. Apapun memang lazat sehingga menjilat jari. Pada malamnya kami pergi ke Tanjung, sambil melihat muara sungai Muar dan melihat pasar malam di situ. Lebih kurang jam 11pm kami balik.

Pada Raya ketiga, kami pergi beraya di rumah saudara mara, adik-beradik tok di sekitar kampung. Sebanyak 5 buah rumah kami pergi pada hari tue. Petangnya kami pergi lagi ke bandar Muar untuk makan Mee Bandung sekali lagi. Isteri saya nak melepaskan gian sepuas-puasnya. Sebelum kami sampai ke bandar Muar, bapa saya call mengatakan temperature kereta Wira saya naik. So, saya datang tengok memandangkan kami memang on the way ke sana. Rupanya hos radiator pecah disebabkan tangki radiator kosong. Terpaksa la saya mengisi air.

Pada Raya keempat, saya dan abah pergi membaiki kereta Wira ke bengkel. Memang banyak yang perlu diganti. Semua hos-hos radiator dan tampal tayar yang bocor. Akan datang kena tukar benda lain pulak. Kalau ikut perancang memang kami mahu balik Semenyih pada tengah harinya. Akan tetapi disebabkan hujan yang agak lebat, kami terpaksa bertolak petang. Perjalanan dari kampung ke Semenyih hanya mengambil masa 2 jam sahaja, bermula dari Tol Tangkak ke Tol Nilai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: