Berbuka Puasa di Restoran Pizza Hut, Semenyih

Entah mengapa hari nie rasa blur. Tak tau nak makan apa untuk berbuka hari nie. Kalau ikutkan aku, makan jer apa yang ada. Tapi bila difikir, nak apa yer? Ini mungkin disebabkan duduk kat rumah lama sangat dan tak keluar jalan-jalan.

Fikir punya fikir, baru la teringat ada Restoran Pizza Hut kat depan rumah yang baru dibuka. Teringin la pulak nak mencuba, lagipun dah lama tak makan pizza. So, last minit decision saya pergi la berbuka di Pizza Hut cawangan Semenyih.

Sampai jer Pizza Hut, saya order Set Pizza untuk 2 orang berperisa Super Supreme, 1 ice lemon tea dan 2 ketul Deli Wing. Disebabkan ramai sangat pelanggan pada waktu itu, pizza yang saya order lambat sampai walaupun waktu berbuka telah berlalu.

Apabila makanan telah sampai, saya dan isteri makan sekenyang-kenyangnya. Tapi yang kenyangnya saya, sebab saya terpaksa habiskan bahagian isteri. Adoi, sumbat jer la semua. Last sekali selepas habis makan, rupanya ada lagi makanan yang belum sampai iaitu Deli Wing.

Bila saya panggil pelayan restoran dan beritahu ada makanan yang belum sampai, dia terus pergi ker dapur. Rupanya mereka nie lupa, so baru la mula masak. Aku rasa la..

Tunggu punya tunggu punya tunggu, Deli Wing tak sampai-sampai. Aku rasa macam nak cancel order jer, tapi tak lama selepas tue barulah Deli Wing tue sampai. Setelah 3 kali bertanya order, baru la sampai. Apa punya servis nie, nasib baik la bulan puasa. Sabar jer la aku.

Tapi pizza di cawangan Semenyih macam ada kureng sikit berbanding di tempat lain. Tak tau la kenapa, sama ada tukang buat pizza tue newbie atau bulan puasa nie, lidah aku kurang deria rasa kot. Apa pun, makanannya Ok la. RM36.75 untuk set makan buat hari ini. Tapi servis, hampeh sikit. What the ….

3 Comments (+add yours?)

  1. Hafizal
    Sep 14, 2009 @ 14:33:23

    nda ajak org…? apa daaa…

    Reply

  2. YattAnuar
    Jan 15, 2011 @ 19:11:37

    Salam..hmm..just want to know.ape yg kurang ye dkt pizza hut semenyih?adakah kerana service or rasa makanan?hehe..cuma nk tau (:

    Reply

    • sufri82
      Jan 16, 2011 @ 15:04:20

      Entah la, maybe sebab waktu tu nak buka puasa
      Makanan pula lambat sampai, apabila tunggu makanan yang tak kunjung tiba
      Rasa macam nak marah pun ada, nasib baiklah bulan puasa
      Kalau saya tak bertanya pada waiter tersebut, mesti dia lupa terus dan makanan tak sampai-sampai

      Sebab tu saya kata, servis hampeh.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: