Tukar Tayar Baru

Beberapa hari yang lepas, aku survey harga tayar yang ada di sekitar Serdang dan Semenyih. Harga tayar yang paling murah di kawasan Serdang bagi saiz 205/45ZR16 ialah RM220 sebiji, iaitu jenama Silverstone Synergy M5. Walaupun itu harga yang termurah, tetapi aku rasa masih mahal.

Selepas itu aku survey harga di sekitar rumah aku di Semenyih. Brand yang sama, saiz tayar yang sama harganya murah Rm10 berbanding Serdang iaitu RM210. Pada mulanya memang mahu tukar, sebab sudah dapat yang murah. Akan tetapi ada kawan sarankan di Klang boleh dapat lebih murah berbanding sekitar KL nie. So, aku batalkan niat untuk tukar tayar buat sementara waktu.

Pagi tadi aku ke Klang untuk menukar tayar baru bagi menggantikan tayar kereta Satria isteriku. Aku berserta kawan pergi ke kedai yang dimaksudkan untuk menukar tayar. Apabila ditanya harga tayar bagi Silverstone Synergy M5 yang bersaiz 205/45ZR16, alangkah terkejutnya kerana harganya jauh lebih murah iaitu RM175 sebiji. Terkedu sekejap sambil memikirkan sesuatu, tapi tak fikir apa pun.

Tanpa membuang masa saya terus suruh tauke kedai tayar tue untuk menukar 2 biji tayar kereta Satria. Bezanya memang banyak, so lebihan duit tue boleh la buat benda lain. Siap buat alignment tayar RM 25 dan adjust 2 chamber belakang Rm40. Tukar rim yang telah bengkok, kopak lagi RM75. Total harga siap dengan labour cost ialah RM493.

Pengajaran yang boleh dibuat ialah, apabila tayar pancit jangan ler seret sampai rumah. Berhenti ler tepi jalan dan tukar tayar gantian. Alamatnya kena tukar sport rim baru. Huhuhu.. Orang perempuan mana la tau bab penjagaan tayar kereta. Diorang tau bawak jer. Sabar jer la aku…

So, next time aku akan ke Klang untuk tukar tayar. Walaupun agak jauh, tapi berbaloi.

About these ads

4 Comments (+add yours?)

  1. Hafizal
    Sep 09, 2009 @ 13:15:11

    Keta Wira pun kena tukar tayar juga tue… Also interior pun kena pasang balik… Lastly, masalah air bertakung pun patut diselesaikan…

    Reply

  2. mz_ilyas
    May 25, 2010 @ 17:34:46

    175 masih mahal…kalu d gombak, kedai tayar aso lagi murah..rm 150 ..saya pun pakai tayar ni ;)

    Reply

  3. raayeop
    Dec 29, 2014 @ 02:40:11

    Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: