Activity · Food

Berbuka Puasa di Hotel Putrajaya Shangri-La

Hari ini adalah hari pertama saya berbuka puasa di hotel pada tahun 2009. Saya bersama beberapa rakan sepejabat pergi ke Hotel Shangri-La di Putrajaya lebih awal kerana untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Di antara rakan yang pergi ialah Aizi Adzlee, Nurmazlina, Ashaari, Sharulhizad, Khairill, Sulian, Saidi, Yazeed, Fazilah dan Alsauddin. Kami pergi dengan menaiki 3 buah kereta, hanya Saidi dan Yazeed datang berasingan.

Setibanya di sana hanya kumpulan kami yang tiba lebih awal. Lebih kurang jam 7pm, barulah tiba ramai pelanggan lain yang mahu berbuka puasa di Hotel Shangri-La. Terdapat berbagai-bagai juadah yang disediakan, di antaranya kambing panggang, nasi beriani, sate, ayam bakar, ikan bakar, sotong bakar, roti canai, popia, pelbagai kuih-muih dan manisan, dodol yang dimasak sendiri oleh pekerja hotel, beberapa jenis sushi, 4 jenis bubur iaitu Serawa Durian, bubur kacang hijau, bubur cha-cha, bubur lambuk, beberapa masakan melayu, pelbagai buah-buahan tempatan, soto, sup cendawan, ais krim, ais kacang dan beberapa juadah lain yang tak dapat saya senaraikan.

Saya mengambil beberapa keping daging kambing, nasi beriani, sotong bakar, sate, roti john, ayam bakar, beberapa jenis sushi, sup cendawan, bubur kacang hijau, ais krim, buah-buahan, kepah yang dimakan dengan perahan lemon dan jus kurma. Boleh dikatakan semua juadah yang disediakan sedap-sedap belaka. Cuma hidangan sushi agak pelik sedikit, kurang sedap jika dibandingkan dengan Sushi King.

Apabila perut agak penuh, barulah saya pergi ke surau untuk Solat Maghrib. Selepas selesai saya sambung makan lagi sampai la jam 9.20pm baru lah kami beredar. Tak menyesal pergi, lagipun orang lain yang belanja. Apa pun, saya boleh katakan makanan di Hotel Putrajaya Shangri-La antara yang terlazat, saya berikan gred A.