Tayar Pancit Lagi

Tayar pancit adalah sesuatu perkara yang cuba dielakkan oleh semua pengguna kenderaan. Tak kiralah basikal, motor, kereta, bas, lori dan sebagainya. Apabila tayar kenderaan pancit, ini akan menyusahkan pengguna tersebut secara tak langsung menyebabkan banyak perkara tergendala. Mungkin kurang masalah bagi kenderaan 4 roda, kerana mempunyai tayar ganti. Kalau motor? Sure kena menolak motor sampai bengkel atau mintak bantuan pomen yang boleh datang ke tempat kejadian. Seperti biasa, apabila dipanggil upahnya saja akan menjadi mahal sekitar RM20 hingga RM40. Bergantung pada jarak, kawasan dan pomen itu sendiri.

Tapi kali ini bukan motor saya yang pancit. Tapi tayar kereta isteri saya yang pancit. Petang tadi semasa dia on the way balik rumah, dia ditahan oleh penunggang motorsikal. Penunggang tersebut memberitahu tayar belakang pancit. Nasib baik la ada juga hamba Allah yang perihatin. Kalau tak apa la yang berlaku dengan keadaan tayar tersebut.

Sebenarnya, isteri saya sudah terasa seperti tayar kekurangan angin semasa di UPM lagi. Tapi sangkaannya hanya kurang angin. Sepanjang perjalanan balik ke rumah la dia memandu dalam keadaan tiada angin. Apabila hendak sampai rumah baru dia perasan. Lantas menelefon saya untuk meminta bantuan. Saya segera balik untuk pergi menukar tayar yang pancit.

Nasib baik semua peralatan membuka tayar dan tayar ganti ada dan dalam keadaan baik. Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma semasa hendak membuka tayar agak ketat, kerana agak licin dan baru lepas hujan. Selesai saja menukar tayar, saya dan isteri balik ke rumah. Penat menukar tayar memang terasa, lebih-lebih lagi saya sedang berpuasa.

Nasib baik hari nie, isteri saya masak makanan kegemaran saya iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api. Fuuh~ memang lazat. Inilah pertama kali isteri saya masak Ketam Masak Lemak Cili Api. Rasanya boleh tahan, cuma kurang lemak. Mungkin kerana kurang santan. Tapi kira Ok la, sebab ini first time.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: