Sesat Jalan

Semua orang pernah mengalaminya, lebih-lebih lagi apabila ke tempat yang kita kurang biasa atau pertama kali ke tempat tersebut. Apabila sesat, mulalah panik dan stress. Kena pulak minyak kereta yang hampir habis dan tak jumpa-jumpa stesen minyak. Kebiasaanya, orang akan selalu sesat apabila berada di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi ada juga orang yang sesat apabila berada di lebuhraya.

Apa pun kisah sesat jalan nie bukan merujuk kepada aku, tetapi kepada isteri saya. Dia sesat jalan ke KLIA untuk menjemput ibu, bapa, Tok Tok dan Pak Tam yang baru sahaja selesai dan balik dari umrah. Kisahnya bermula apabila dia ke KLIA menggunakan jalan belakang, yang kononnya nak elak tol. So, saya terpaksa memberi direction melalui telefon sepanjang perjalanannya ke sana.

Peristiwa hitam bermula apabila isteri saya salah masuk simpang dan terus masuk tol untuk ke highway. Dari situ bermulalah pertengkaran mulut di antara saya dan isteri saya. Dengan keadaannya yang sesat dan panik, saya hanya bersabar dan tidak memarahinya. Lebih-lebih lagi dengan keadaannya pada waktu itu, dia sedang mengandung.

Bermula dari situ, saya beritahu jalan yang terpaksa dilalui walaupun jauh. Kerana itulah sahaja jalan yang selamat agar dia tidak sesat semula. Apabila keluar sahaja Tol Nilai, isteri saya terpaksa guna jalan lama untuk ke KLIA, walaupun agak jauh kebarangkalian untuk sesat kurang, kerana jalannya banyak straight.

Akhirnya sampai la dia ke KLIA, walaupun terpaksa buat pusingan yang agak jauh.

1 Comment (+add yours?)

  1. Hafizal
    Sep 03, 2009 @ 15:42:22

    wakakakakaaa…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: