False Alarm at Data Centre

Semalam ada something happen at my office. Kami dikejutkan dengan alarm di dalam Data Centre. Hanya satu alarm telah aktif dan satu lagi hanya tunggu masa. Menurut kakitangan dari Jabatan Engineering, sekiranya 2 alarm aktif lebih dari 30 saat, gas pemadam api akan diaktifkan dan disembur keluar. Oleh kerana tidak mahu berlaku sebarang kesilapan, pihak Engineering mahu memeriksa sensor di dalam bilik Data Centre, mungkin habuk dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, sucker untuk membuka penutup lantai hilang. Rupa-rupanya ada di dalam bilik Network yang mana kami dari UPDS tidak ada access ke bilik tersebut. Terpaksa la call staff URK untuk datang buka pintu bilik tersebut. Setelah sekian lama, Aziz pun sampai untuk membuka bilik tersebut. Apa yang melucukan, Kad Access beliau hanya boleh digunakan pada waktu berkerja sahaja. Terpaksa la gunakan kunci reset untuk menyahaktifkan pintu tersebut.

Selepas dapat sucker, pihak Engineering memeriksa satu persatu sensor yang bermasalah. Rupa-rupanya sensor tersebut basah terkena air. Mungkin akibat kondens. Selepas dibersihkan, barulah dapat reset alarm tersebut. Nasib baik la kami balik lewat, selesai satu masalah.

Moral of the story, 1st Sucker jangan simpan di dalam bilik lain, ini menyusahkan Unit lain untuk buat kerja. Letak di luar supaya orang lain boleh guna. 2nd Orang yang standby pada hari tersebut tidak datang ketika diperlukan. So, apa guna standby? Hantar orang lain, tapi access hanya pada waktu berkerja. Memang kelakar. 3rd Tiada latihan diberikan untuk mengendalikan air-cond supaya boleh diperiksa secara manual.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: