Sanggar Kerja PTM 2009 di Pangkor Island

Setelah sekian lama jabatan di tempat saya bekerja tidak buat Sanggar Kerja di luar. Ada la dalam 2 tahun, kerana sebelum nie cuma buat Indoor. Dengan bajet yang diberikan yang agak terhad, dapat la jabatan saya pergi ke Pangkor untuk buat Sanggar Kerja. Biasanya Sanggar Kerja dibuat untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja setiap staff dan merancang hala tuju serta matlamat untuk tahun yang akan datang.

Setiap staff wajib menghadirinya, melainkan ada alasan yang kukuh dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Staff di jabatan saya boleh membawa spouse atau family untuk dibawa bersama tetapi atas belanjawan masing-masing. Namun begitu atas beberapa isu yang agak ‘hangat’ diperkatakan di dalam jabatan, ramai yang tidak membawa family masing-masing termasuklah saya sendiri.

Kami diminta datang awal iaitu 9am, ataupun kami akan ketinggalan bas. Jam menunjukkan 10am, dan masa untuk bertolak telah tiba. Rupanya ada lagi staff yang belum sampai, Saidi and family. Adoi, terpaksalah tunggu walaupun lambat. Bas ‘Bujang’ sudahpun bertolak, hanya Bas ‘Family’ jer masih menunggu Saidi. Ada la sekitar jam 10.30am baru la Saidi and family sampai. Mungkin dia lambat sebab hal family kot, apa pun kami tolak tepi. Nasib baik la air-cond dalam bas sejuk.

Perjalanan yang terdekat adalah melalui Bidor untuk ke Lumut. Dari Lumut baru la naik feri untuk ke Pangkor. Semasa dalam perjalanan ke Lumut, kami nampak ada kemalangan baru saja berlaku. Sebuah Perodua Myvi rosak teruk dalam kemalangan tersebut. Apa la nasib pemandu tue, selepas berlalu kami meneruskan perjalanan ke Lumut.

Apabila sampai di sana, barulah kami turun untuk makan. Perjalanan terus menerus tanpa berhenti makan, memang meletihkan. Menyesal aku tak sarapan dahulu pagi tue. Kami mula menaiki feri ke Pangkor dan berhenti di jeti Teluk Dalam. Ini kerana jeti tersebut adalah yang paling dekat untuk ke Resort tempat penginapan kami. Sampai di sana kami dijemput menaiki kenderaan resort yang telah menunggu kami.

Saya menaiki van resort yang terawal untuk ke resort. Apabila sampai di sana, kami dijemput dengan persembahan Selamat Datang ke Teluk Dalam. Memang lain dari yang lain, macam berada di Hawaii la pulak. Sambil minum minuman yang disediakan kami menunggu staff yang lain sampai dan pemberian kunci bilik masing-masing.

Oleh kerana petang tue adalah aktiviti bebas, saya mengambil kesempatan untuk mandi kolam bersama staff yang lain. Kami bermain polo air dan selepas itu bola tampar pantai, memang seronok. Tapi saya lebih suka mandi kolam dari bermain bola tampar. Keesokannya kami mandi air laut, best la pulak. Tapi badan pulak melekit-lekit.

Tidak banyak yang hendak diceritakan mengenai Sanggar Kerja, sebab terlalu complicated. So, saya lebih suka menceritakan lebih kepada aktiviti luar. Lebih simple dan mudah, tak berbelit-belit dan straight forward.

Pada hari kedua, saya, Rahman n family, Bro Rahul, Aziz, Ina n family dan Encik Zul pergi menyewa van dan pusing ke tempat-tempat yang menarik di seluruh Pangkor. Mula-mula kami ke kilang memproses makanan laut seperti sotong, ikan dan udang. Semuanya dijual dengan harga yang agak murah berbanding di luar sana. Selepas tue, kami pergi ke Kota Belanda tempat tinggalan zaman penjajah. Kemudian singgah sebentar di tokong cina. Tak tau apa nama dia, tak ingat. Kemudian kami singgah ke pekan Pangkor, sambil-sambil mengambil gambar baru aku perasan ada bangunan baru.

Semasa on the way balik ke Teluk Dalam, kami terserempak dengan Dr Ahmad Taufik sedang berbasikal mendaki bukit. Tak sangka boleh jumpa, tapi dia tak perasan sebab kami dalam van. Sampai jer resort saya tukar baju dan bersedia untuk mandi laut. Malam tue ada BBQ dan terlalu banyak makanan laut seperti ikan yang tak habis dimakan. Al-maklum la, seafood kat sana murah.

Last day selepas habis Sanggar Kerja, baru la kami mula bertolak ke jeti Teluk Dalam. Tapi saya terpaksa naik feri trip yang kedua, sebab feri dah penuh. Terpaksa la tunggu dalam 1/2 jam, sementara feri kedua sampai. Sampai jer feri kedua, kami naik di atas dek feri untuk menikmati pemandangan dan desiran angin laut.

Sampai jer dijeti bas telah tiba untuk menjemput kami pulang. Dalam perjalanan semasa di Lebuhraya PLUS, ada kemalangan melibatkan jiwa. Menurut rakan saya yang memandu sendiri, mungkin penunggang motorsikal. Kasihan, sayang tul superbike. Apa pun, kami selamat tiba di tempat kerja sekitar jam 10pm lebih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: