Broga Hill Trip

Pagi tadi saya baru sahaja menawan Bukit Broga. Walaupun Bukit Broga tu cuma di belakang rumah, tapi tak pernah cuba untuk mendakinya. Disebabkan hendak panjat Bukit Broga nie, saya berkali-kali terjaga untuk bangun awal. Mula-mula bangun jam 12am, 2am, 3am dan last sekali jam 5am. Jam loceng belum berbunyi, saya dah bangun terlebih dahulu.

First sekali selepas saya bangun, saya keluar rumah untuk tengok cuaca pada pagi tue. Cuaca agak baik, boleh dilihat bulan dan bintang di langit yang gelap. Kemudian saya menelefon Cd dan Zaki untuk memaklumakan lebih awal, supaya perjalanan lebih lancar.

Sekitar jam 5.30am saya mula bergerak perlahan-lahan ke Stesen Minyak Petronas, Semenyih dimana kami berkumpul sebelum ke Bukit Broga. Setelah semua orang datang berkumpul, barulah kami mula bergerak ke kaki bukit. Di sana kami park kereta masing-masing di kebun kelapa sawit dan mula mendaki setelah baca doa agar semua selamat dalam ekspedisi ini.

Keadaan agak gelap, jadi tiada gambar yang boleh ditangkap pada waktu itu. Baru suku perjalanan ramai di antara kami mulai letih dan termengah-mengah kerana tidak larat. Lebih kurang 3 atau 4 kali kami berhenti berehat di sepanjang perjalanan mendaki, namun belum juga sampai atau nampak puncak Bukit Broga nie.

Lebih kurang jam 6.50am baru lah kami nampak puncak Bukit Broga. Tapi ramai di antara kami masih di bawah, perjalanan mendaki semakin curam dalam 50 meter ke puncak bukit. Semasa kami hampir mencapai puncak, hari semakin cerah. Saya sempat lagi berehat di atas batu sebelum sampai ke puncak. Dari atas batu saya melihat pemandangan yang menghijau sambil mengambil beberapa keping gambar.

Setelah puas berehat, barulah saya dan seorang lagi kawan bernama Azwan a.k.a Wan Snake sampai ke puncak Bukit Broga. Rasa puas yang teramat apabila berjaya menawan puncak bukit. Perasaan letih lesu dan moral down semua dibuang tepi. Memang seronok sangat-sangat, sukar digambarkan. Saya dan beberapa rakan mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan. Beberapa ketika barulah Ruby dan Cd sampai ke puncak. Kasihan mereka, rasa penat mendaki masih terpapar di wajah masing-masing.

Kami mengambil gambar sekali lagi, supaya semua orang ada termasuk la aku. Kali nie pakai tripod. Kami sempat menjamu selera dengan juadah nasi lemak Best hasil tangan Dr Ahmad Taufik iaitu Ketua Jabatan kami. Rasa best pulak makan nasi lemak di puncak bukit. Orang lain hanya tengok sahaja gelagat kami di sana.

Namun kami tidak boleh lama, kerana cuaca tiba-tiba mula berubah. Dari jauh boleh nampak awan gelap mula menghampiri bukit Broga. Ramai orang berpusu-pusu untuk turun. Selang seketika, hujan mula turun rintik-rintik. Namun setelah kami turun dari Bukit Broga hujan sudah pun berhenti. Niat di hati memang nak duduk di puncak bukit lama sikit. Tapi bila mengingatkan peritnya mendaki dan ramai yang dah penat, kami terus turun untuk balik.

Setelah sampai ke kaki bukit, kami tangkap gambar sekali lagi. Kali nie cuaca agak cerah barulah nampak apa yang ada di sekitar. Sempat juga kami mengunjungi Restoran Yus sambil minum-munim untuk menghilang rasa haus dan penat. Masing-masing menceritakan pengalaman sendiri semasa mendaki bukit. Apa pun, mendaki Bukit Broga adalah pengalaman yang seronok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: