2x Tayar Pancit

Kisahnya bermula pada hari Rabu (01 Julai 2009) ketika aku dan Zaki baru balik dari menonton wayang Transformer Revenge of The Fallen di Panggung Wayang GSC Leisure Mall. Aku menumpang motor Zaki balik ke Semenyih kerana kereta aku dipinjam oleh abah untuk balik ke kampung.

Semasa on the way balik ke rumah aku di Semenyih, tayar motor Zaki pancit di depan KFC dan Pizza Hut Semenyih. Betul-betul depan simpang masuk ke taman perumahan rumah aku. Terpaksa la menyorong motor lebih kurang 1km. Apa la nasib malam tue. Nak taknak, terpaksa la aku hantar Zaki balik rumah malam tue dengan motor aku. Jiran depan rumah sengih jer. Aku buat tak tau jer.

Kelmarin hari Isnin (06 Julai 2009), Zaki ajak untuk tukar tayar motor dia kat rumah aku. Aku rasa ada feel lain macam, so aku ajak Dol sekali untuk menemai kitorang ke sana. Kami bertiga pergi dengan menaiki kereta Zaki. Nak dijadikan cerita, tayar depan bahagian depan kereta Zaki pancit pulak. Kereta Zaki terpaksa berhenti di tepi jalan, sebelum sampai stesen minyak Esso Semenyih.

Terpaksa la tukar tayar kat tepi jalan dengan lori yang ber tan-tan lalu-lalang. Sabar jer la aku, Zaki dah tension. Apa la nasib Zaki, tayar pancit buat kali kedua. Lepas dah tukar tayar spare, kena pergi stesen minyak Esso tue pulak sebab tayar spare yang baru tukar tue kurang angin. Perlahan-lahan kereta Zaki bergerak ke stesen minyak untuk mengisi angin.

Lepas tue baru la sampai rumah aku dan bermulanya operasi menukar tayar motor Zaki pulak. Zaki bawak tayar dan rim ke kedai motor di Bandar Rinching, tanpa banyak cerita terus tukar tayar baru Dunlop TT100. Lepas balik tukar tayar baru, kitorang pun pergi ke Restoran Ani Sup Utara kerana perut terasa sangat lapar. Rupanya sudah jam 3pm, memang patut la lapar.

Selepas makan kami pun bertolak ke Balakong untuk menghantar motor Zaki balik rumah dan selepas itu barulah kami balik semula ke pejabat sekitar jam 4.30pm. Memang boleh buat novel la cerita tayar pancit nie. Kasihan Zaki. Hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: