PC Kawan Rosak

Ada la seorang kawan dari HR minta bantuan mengenai PC adiknya yang rosak. Mengikut ceritanya PC tue kalau ON jer terus mati. Dia rasakan power supply yang kong, tapi setelah beli power supply baru pun sama juga. So, dia pun bawa la CPU adiknya nie untuk didiagnos oleh aku.

First sekali apabila sampai jer CPU tue kat aku, aku melihat dengan melompong. Apa dah jadi dengan CPU nie sebelum nie? Penuh dengan sawang dan tersangat la kotor. Aku accept jer la dan minta beberapa data mengenai simptom CPU dia nie. Aku suruh la kawan aku nie balik dulu, sehingga aku call dia. Sebab hari tue aku rasa malas sket nak repair PC.

Keesokannya aku pun belek dan buka isi kandungan CPU tue dan bertambah la aku melompong tengok apa yang aku jumpa di dalamnya. Aku jumpa bermacam-macam bendasing yang tidak sepatutnya berada di dalam CPU tersebut. Ada plastik tong gas jenama shell, thermal paste yang tak habis guna, lebihan skru dan bermacam-macam lagi yang tak sanggup aku lihat.

Inilah CPU paling teruk dan belum pernah aku repait sebelum nie. Melihat daripada keadaan CPU nie memang la power supply tue baru, tetapi setelah aku lihat secara terperinci ianya seperti telah diusik. Suspek aku ialah litar pintas, kerana braket pada motherboard hanya ada 2 sahaja, dan itu pun bukan di tempat yang sepatutnya. Kebarangkalian untuk litar pintas memang tinggi kerana ianya menyentuh pada casing CPU.

Beberapa kerosakan lain seperti braket heatsink CPU patah dan juga berkemungkinan menyebabkan overheating. Kalau dilihat dengan teliti, ada memori RAM yang terselit pada bawah motherboard. Aduh!! sedihnya tengok PC nie, apa la yang dah berlaku pada PC nie sebelum nie. Apabila aku bertanya pada kawan HR nie, dia kata adiknya simpan PC tue kat dapur. Lagi la aku tergamam dengar ayat dia tue.

So, aku sarankan aku tak boleh jamin yang PC dia boleh elok seperti sediakala, kerana ada beberapa komponen yang rosak seperti braket CPU patah dan perlu diganti dan itu belum tentu PC tersebut boleh baik seperti sediakala. Kos dia saja aku anggarkan seperti beli sebuah CPU baru. So, owner PC nie buat keputusan tak mau repair dan minta quotation CPU baru.

Kan senang cerita macam nie, tah macam mana la owner tue pakai PC. Takkan la dia jadikan alas dapur kot? ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: